Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NASA AKAN BERTINDAK TERHADAP RAFIZI, SAMAN, SAMAN, SAMAN ! SILA BUKA MULUT LAGI !

Tuduhan Rafizi fitnah, berniat jahat: Nasharudin
Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa menafikan ada kaitan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan beliau dengan isu penerimaan dana 1MDB daripada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya dengan ini menegaskan bahawa segala pernyataan beliau yang melibatkan saya adalah tidak benar malah kenyataannya itu adalah fitnah dan berniat jahat kepada saya serta Pas.

"Saya dengan ini juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh beliau melalui tuduhan yang tidak berasas dalam Kenyataan Bersumpah (SD) tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Rafizi menerusi sidang media di Ibu Pejabat Invoke berkata, pendedahan itu dibuat setelah seminggu beliau mendakwa ada wang dari akaun peribadi Najib mengalir kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan Pas.


Sementara itu, tambah Nasharudin lagi, beliau bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya juga telah menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah seterusnya termasuk memulakan tindakan undang-undang dan apa jua tindakan menurut lunas undang-undang yang mana dianggap wajar dan suai manfaat," tegas beliau lagi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Najib dah chop hari selasa..nasha nak sanan hari apa?

Anonymous said...

Hari isnin blm ada org chop. Bole la tu

Anonymous said...

Saman lah Rafizi tunggu kat mahkamah...Husam hari2 tunggu takde juga...senasiblah dgn SR.

Anonymous said...

bodoh babi lah lebai

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.