01 Februari, 2014
Patutlah Najib Membuat Tawaran Perdamaian Dengan Pakatan Rakyat.. Ikuti Penjelasan Rafizi
Perdamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN)
bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang
mahu menyingkirkannya.
Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari
persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan
kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam
Umno.
Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan
percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan
Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.
Rafizi adalah “arkitek” dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke
Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan
mengambil alih jawatan menteri besar.
Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah
sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana
menteri itu."Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi).
Bukannya kerajaan perpaduan.
Biarkan pendekatan politik yang menentukan."Tetapi di sana ada
kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya
berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib
untuk melihat perubahan.
"Jika kami menolak tawaran rekonsiliasi maka kami akan dilihat
kehilangan sentuhan kerana PR melihat isu ini secara serius," katanya
kepada The Malaysian Insider.
Najib tempoh hari mengumumkan BN terbuka kepada dialog dua hala dengan
PR, tiga hari selepas Anwar mengulangi tawaran rekonsiliasi.Tawaran
Anwar meminta kedua-dua belah pihak mencapai konsensus nasional
berhubung ketegangan hubungan antara kaum yang disifatkannya pra 13 Mei.
Sehari selepas ucapan Anwar itu, Adun PKR Lee Chin Cheh meletakkan
jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.Rafizi berkata, kedudukan Najib
perlu diperkukuhkan bagi membolehkan perdana menteri itu mengukuhkan
rasa tidak adil dan ekstremis dalam Umno.
Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, doktrin Umno yang mengutamakan
sokongan Melayu Islam telah mengenepikan suara pengukuhan etnik dan
kerajaan pelbagai kaum.
Ini berlaku sejak banyak kerusi yang dimenangi Umno di kawasan majoriti
Melayu di kawasan pedalaman negara."Doktrin kerajaan berdasarkan satu
kaum telah dipromosikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
"Saya tidak bercakap demi kepentingan Najib tetapi membina kepercayaan
Umno terhadap pengukuhan kerajaan Malaysia."Beliau telah diserang secara
dalaman kerana mengutamakan kaum minoriti," katanya. ~tmi
0 orang berkata:
Post a Comment