Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jika Parlimen Bukit Gelugor Kosong, Beranikah BN Hadapi Pilihanraya Kecil?


Karpal bersalah hasutan terhadap Sultan Perak

Mahkamah Tinggi memutuskan pengerusi DAP Karpal Singh bersalah membuat kenyataan hasutan terhadap Sultan Azlan Shah dalam isu pertukaran menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin lima tahun lalu.

Keputusan dalam kes panjang itu disampaikan oleh Hakim Azman Abdullah.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 7 Mac untuk menjatuhkan hukuman setelah peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga anaknya, memberitahu mahkamah bahawa tertuduh tidak berapa sihat dan memerlukan masa untuk menyediakan mitigasi.

Karpal, 74, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda RM5,000 atau kedua-duanya. Jika hukuman itu dijatuhkan, beliau secara automatik akan kehilangan kerusi Parlimennya.

Bercakap kepada media, MP Gelugor Bukit itu berkata beliau akan merayu terhadap sabitan itu dalam tempoh dua minggu.

"Kami menerima keputusan mahkamah pada peringkat ini dan saya akan merayu," katanya.

Sambil memandang penasihat DAP, Karpal tersenyum dan berkata: "Ini bukan kali pertama saya disabitkan".

Galeri awam sebelum itu penuh dengan penyokong DAP yang memakai baju-T, manakala mereka yang tidak dapat tempat duduk diminta oleh bailif menunggu di luar. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Azman, dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan, berkata mahkamah telah mengambil kira keterangan Karpal Singh yang mengambil masa selama tujuh hari, dan seorang lagi saksi pembelaan, tetapi keterangan mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata mahkamah juga telah mengambil kira keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapinya setelah dia dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Karpal Singh didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Mohammad Nizar sebagai menteri besar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir oleh Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Karpal Singh daripada pertuduhan itu pada 11 Jun 2010, bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 20 Januari 2012 memerintahkan peguam berkenaan membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Sebaik sahaja keputusan hari ini, Karpal Singh memberitahu pemberita beliau menghormati keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman.

Pada prosiding hari ini, selain semua anggota keluarga, para pemimpin utama Pakatan Rakyat turut hadir memberi sokongan kepada Karpal Singh, yang juga merupakan anggota Parlimen Bukit Gelugor.

Pihak pendakwaan hari ini diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin. -mk


Hukuman terhadap Karpal bukti kembalinya dakwaan politik, kata kumpulan peguam

Persatuan peguam Lawyer for Liberty (LFL) melihat hukuman di bawah Akta Hasutan yang dikenakan terhadap Karpal Singh merupakan kembalinya pendakwaan berunsur politik dan bersifat kuku besi.

Pengarah Eksekutif LFL, Eric Paulsen menegaskan hukuman yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah akta berkenaan memungkinkan pengerusi DAP itu dipenjara selama tiga tahun, sekaligus melucutkan jawatannya sebagai ahli Parlimen.

"Mengeluarkan kenyataan kritikal atau politik bukanlah satu jenayah, terutamanya dalam kes ini Karpal memberi pendapat guaman terhadap krisis perlembagaan di Perak pada 2009," katanya.

"Bagaimana ia boleh ditakrifkan sebagai hasutan," katanya lagi.

Beliau berkata, hukuman terhadap Karpal membuktikan agenda reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah perkara palsu.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan pada 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Peguam Gobind Singh Deo memohon mahkamah agar menangguhkan hukuman bagi membolehkan mereka menyediakan rayuan agar hukuman yang ringan dikenakan.

"Kami memerlukan laporan perubatan untuk menyokong kes kami," katanya.

Karpal, 73, terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran kemalangan jalan raya pada Januari 2005.

Azman kemudiannya menetapkan hukuman akan dijatuhkan pada 7 Mac.

LFL dalam kenyataannya juga menuntut agar pihak polis dan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan tugas dengan profesional, adil dan bebas dengan tidak mengenakan tindakan mensasarkan pemimpin pembangkang.
-TMI


ULASAN GB

Katakanlah Karpal kalah dalam rayuannya dan dihukum semaksima yang mungkin oleh mahkamah, maka terlucutlah status ahli parlimen Bukit Gelugor berkenaan.

Soalnya apakah UMNO BN berani dan mampu untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil Bukit Gelugor nanti yang sudah tentu menyaksikan api kemarahan rakyat yang meluap-luap untuk menghalau keluar BN dari Putrajay?

Untuk rekod Karpal Singh telah menang di P051 Bukit Gelugor dengan majoriti 41,778 undi (Karpal memperolehi 69,900 undi) mengalahkan calon BN Teh Beng Yam yang hanya memperolehi 14,061 undi. Majoriti itu meletakkan karpal di kedudukan ke 4 memperolehi majoriti terbesar di dalam PRU13 tersebut.



Begitu juga dengan Teresa Kok di parlimen P122 Seputeh yang menduduki tempat teratas di dalam carta tersebut.

Kalau berani nak hadap PR di kedua-dua tempat tersebut, silakanlah pujuk (arah?) SPR nanti bubarkan kerusi parlimen tersebut!

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.