Peranan jentera penerangan & wanita sebar maklumat sebenar
KAJANG
20 FEB: Jentera pilihan raya kecil N25 DUN Kajang terutamanya sayap
wanita dan Penerangan berperanan menyebarkan maklumat sebenar secara
langsung kepada pengundi, kata Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Peranan wanita dan penerangan penting untuk sampaikan maklumat,”
kata Anwar pada pelancaran bilik gerakan Daerah Mengundi Sg Sekamat, semalam.
“Dalam kempen ini, kita jangan jadikan medan propaganda untuk menghina atau cerca,” katanya.
Justeru kata Anwar, selain menangkis serangan yang dilakukan media
Umno-BN, pertemuan membolehkan jentera PRK Kajang menyantuni pengundi
selain mendapat maklum balas langsung bagi tindakan segera.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan kepada mewujudkan satu laman web khusus berkaitan PRK Kajang bagi memudahkan akses.
“Di Kajang penembusan internet cukup kuat. Orang Kajang yang
mengikuti berita intenet melebihi dari mereka yang mengikuti berita di
TV3,” kata Anwar.
Kata Anwar beliau mendapat satu laporan tinjauan bahawa penggunaan
media internet di Kajang lebih tinggi berbanding media jenis lain.
Justeru Anwar mencadangkan jentera KEADILAN PRK DUN Kajang membina
sebuah laman web khas khusus yang menghimpnkan makumat, berita dan
aktiviti.
“Kalau klik, terus ke (PRK) Kajang. Ucapan dan berita ada. Ucapan-ucapan dan pautan )video) di Youtube.
“Mesti adakan segera laman web khas dan rakan-rakan bantu sebarkan,” kata Anwar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59498
0 orang berkata:
Post a Comment