Khamis, 20 Februari 2014
Ezam nafi dakwaan letak jawatan sebagai senator..!!
Keadaan politik dalaman Umno dilihat goyah apabila pemimpin Hindraf P Waytha Moorthy meletak jawatan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda protes terhadap Putrajaya kerana tidak melaksanakan janji kepada masyarakat India.
"Saya masih di luar negara dan masih senator," kata Ezam melalui khidmat pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Insider. Ezam dilantik sebagai senator pada 2010, dua tahun selepas menyertai Umno.
Beliau yang berusia 47 tahun dikekalkan jawatan berkenaan selama sepenggal lagi pada Ogos tahun lalu.
Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dikatakan merajuk ekoran tidak dilantik ke jawatan tetap dan menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan e-mel kepada The Malaysian Insider, penyokong Umno meluahkan kekecewaan dengan dakwaan berkenaan.
Penyokong Umno berkenaan berkata, perletakan jawatan Ezam adalah bagi membolehkan beliau dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menolak dakwaan berkenaan, Ezam berkata khabar angin tersebut berkemungkinan merujuk kepada pemimpin PKR.
"Beberapa pemimpin suka merajuk...selalu...haha," katanya. Dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Ezam berkata terlalu sibuk untuk memegang jawatan dalam Umno negeri.
0 orang berkata:
Post a Comment