Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, February 21, 2014

Ada tanda-tanda BN gentar untuk letak calon di Kajang

 Agensi Berita Nasional (Bernama) telah mengutip pendapat beberapa orang penganalisa politik dan juga seorang pemimpin Umno yang berpendapat BN tidak perlu menyertai pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini sebaliknya molek diserahkan kepada PKR.


Anwar akan menang mudah?
Mereka berpandangan Mohd Najib Razak wajar mengambil tindakan sama dengan pilihan raya kecil Penanti Pulau Pinang tahun 2009 tahun lalu dimana BN tidak meletak calon.

Alasan diberikan ketika itu, pilihan raya kecil tersebut bukan kehendak perlembagaan kerana ianya diadakan kerana sengaja dikosongkan. Adun Penanti ketika itu, Mohamad Fairus Khairuddin yang menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada Dr Mansor Othman bagi dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketika Najib mengambil keputusan itu, orang menyifatkan tindakan Najib bijak dan kena pada tepatnya kerana boleh mengelakkan berlaku pembaziran wang dan ketegangan politik. Bagaimana pun Dr Mansor yang bertanding di situ terpaksa juga berdepan dengan beberapa orang calon bebas yang bengong ataupun yang tidak profesional dalam politik.



Atas semangat dan suasana seperti di Penanti itulah, maka pilihan raya kecil Dun Kajang juga tidak relevan dan penting bagi BN meletakkan calon. Bijak bagi Najib kalau beliau mengambil keputusan sama di Penanti dulu dan tidak mempedulikan desakan Mahathir agar BN meletakkan calon. Najib kena membaca matemetik politik Mahathir kenapa beliau beriya mahukan BN meletakkan calon di Kajang.

Mahathir sudah tahu bukan mudah untuk BN merampas balik kerusi berkenaan. Kekalahan calon BN kelak akan digunakan Mahathir sebagai modal untuk dia memperlekehkan Najib sebagai tidak cerdik dan sangat lemah dalam politik. Tidak menjadi rahsia lagi Mahathir kini sedang mengatur stategi untuk memalukan Najib dan diganti dengan Muhyiddin Mohd Yassin.

Persoalan kini kenapa Bernama mengutip pandangan yang dikira kontras dengan naluri sesetengah orang yang ghairah untuk melihat Anwar Ibrahim kalah dalam pilihan raya berkenaan? Apakah agensi berita itu sudah membuat laporan menunjukkan bukan mudah untuk UBN merampas kerusi berkenaan? Atau sesudah ianya diberi isyarat jelas oleh Ibu Pejabat Umno.

Hasil kajian dibuat oleh Umcedel Universiti Malaya kira-kira 59% pengundi di Kajang yang ditemui bersetuju pilihan raya itu diadakan untuk membolehkan Anwar dilantik menjadi MB Selangor. Manakala seramai 17% tidak bersetuju dan 24% tidak pasti.

Alasan yang dikutip dari Timbalan Pengerusi BN Sabah, Salleh Said Keruak adalah munasabah. Kata Salleh, MCA yang diberi tanggungjawab untuk meletakkan calon, adalah lebih wajar kalau parti itu menumpukan usaha untuk memulihkan kekuatan MCA yang kini dalam perpecahan.

"Pada pandangan saya secara perbadi, biarlah Pakatan Rakyat terus bermain dengan politik mereka sementara BN terus berkhidmat pada negara dan membela nasib rakyat," katanya dipetik.

Nada Salleh itu agak lunak dan seolah-olah beliau mengetahui sesuatu yang ada di persekitaran politik negara pada masa ini. Apakah Salleh juga sudah mengetahui desas desus yang bakal terhasil dari Konsensus Nasional yang dicadangkan Anwar kemudian disambut oleh Najib Razak? Apakah dia sudah mendapat bisikan halus dari Ahmad Zahid Hamidi?

Sementara itu, bagi saya molek juga kalau BN memberi laluan kepada PKR bertanding dalam pilihan raya itu secara bersendirian. Tetapi adalah lagi molek lagi kalau BN meletakkan calonnya kerana rakyat akan dapat menilai mengenai populariti Anwar dan Najib waktu ini. Tanpa ada calon dari BN bertanding sudah tentu Anwar akan dilihat seperti menang tanpa bertanding.

Mungkin ada yang bertanya bagaimana dengan Zaid Ibrahim, Zaid hanya habuk dan debu-debu kecil saja dalam pilhan raya itu yang mencemarkan tangan.

Dengan penyertaan BN baik menerusi MCA atau apa, kita akan dapat membuat penilaian bagaimana kedudukan suhu dan iklim dalam politik di sesebuah kawasan campuran seperti Kajang itu setelah hampir setahun berlalunya pilhan raya umum ke-13 yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat undi popular melebihi BN sebanyak 2%. [wm.kl.8:18 pm 20/02/14]

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.