MCA tak upaya selesai isu masyarakat Cina
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata
parti itu bertanggungjawab membantu masyarakat Cina namun tidak berupaya
disebabkan ketidakhadiran mereka dalam kerajaan.
"Walaupun tidak memegang sebarang jawatan dalam Kabinet untuk tempoh sembilan bulan lepas, MCA masih bertanggungjawab dalam pelbagai isu berkaitan masyarakat Cina terutamanya pendidikan.
"MCA hanya boleh bertanggungjawab dan menjalankan tugas sebagai parti pemerintah dengan syarat ia mengambil bahagian sepenuhnya dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata akar umbi parti telah memberikan maklum balas dan kerana itulah mengapa Mesyuarat Agung Luar Biasa terpaksa diadakan Ahad ini untuk menangani isu-isu sama ada MCA patut menyertai Kabinet dan kerajaan dalam semua peringkat.
Beliau percaya parti itu boleh membuktikan dan dapat memenangi sokongan pengundi bahawa BN adalah pakatan politik yang bertanggungjawab dan praktikal.
"Walaupun Pakatan boleh menabur segala macam janji-janji yang imaginatif kepada pengundi, MCA sebagai parti pemerintah bersama BN mampu untuk merealisasikan pelbagai program dan dasar," katanya.
MCA membuat keputusan untuk tidak mempunyai wakil dalam kerajaan selepas parti itu hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding 90 kerusi Parlimen dan 37 kerusi Dun yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei tahun lepas. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment