Misi Anwar akhiri hayat Umno-BN
- Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap dalam sesi Dialog Anak Muda di Sunway Resort Hotel, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim menyatakan
kemenangan PR dalam PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini penting untuk
mengakhiri delegasi kerajaan Umno-BN.
Menurutnya, kemenangan PR dalam pilihan raya kecil itu akan menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan tersebut.
"Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.
“Lambat lagi penamaan calon, dia serang habis londeh. Belum lagi mula kempen. Hari-hari dicerca,” katanya yang dipetik dalam satu portal berita.
Sebelum ini, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa 'takut' sekiranya Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi Menteri Besar Selangor.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu berkata, kesetiaan penyokong terhadapnya kerana sikapnya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
"Soal pegang amanah ini penting. Orang sanggup sokong saya walaupun dimaki, dicerca dan dipenjara sebab mereka rasa saya boleh pegang amanah dan tidak curi harta orang. Sebab itu mereka (Dr Mahathir dan rakan-rakan) takut saya ambil alih.
“Kelantan bukan negeri kaya tetapi rakyat kasih Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan) kerana rakyat tahu beliau menjadi menteri besar tidak memperkayakan keluarga dan tak ambil satu saham negeri pun. Bagi tahu saya Dr Mahathir, dia tak ambil ke? Anak jutawan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment