PR jangka BN letak calon Umno
KUALA LUMPUR – PKR menjangkakan BN akan menurunkan calon dari Umno bagi menghadapi PRK Dun Kajang, 23 Mac ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, ini berdasarkan
sejarah Umno yang pernah bertanding di kerusi milik MCA dalam PRU13
lalu.
“Kita alu-alukan jika BN mahu hantar calon MCA. Namun, saya jangkakan BN akan ubah fikiran dan letak calon Umno.
“Ini kerana BN pernah ubah strategi di saat akhir apabila Umno ambil kerusi MCA di Kuantan dan Wangsa Maju untuk berdepan calon PKR.
"Bagi PKR, kita perlu bersiap-sedia untuk menghadapi kedua-duanya, MCA dan Umno,” katanya, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemungkinan BN akan meletakkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon bagi berdepan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang.
Dalam pada itu, katanya, tempoh waktu yang panjang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum penamaan calon menunjukkan BN menghadapi kesukaran memilih calon.
“Dalam PRU13, BN kalah dengan majoriti yang banyak di Kajang. Jadi kita tahu mereka ada masalah di situ untuk mencari calon yang berkredibiliti.
“SPR pula beri masa yang panjang untuk BN pilih sama ada MCA atau Umno. Namun, tidak kira MCA atau Umno, kita sudah siap hadapi BN,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment