Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

aADA MUSLIHAT ? APA SUDAH JADI ?

Baju kuning ganggu 'event' geng motor
Baju kuning ganggu 'event' geng motor
Gambar viral kumpulan baju kuning yang kelihatan di Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR - Penganjur program Dataran Drag Battle 2016 (R2), di Dataran Merdeka melahirkan rasa kesal dengan tindakan kumpulan baju kuning yang didakwa membuat kecoh di program mereka pagi ini.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar & Perumahan (HELP), Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, keadaan program yang pada mulanya berlangsung aman bertukar kecoh sedikit sebanyak telah menggangu kelancaran acara tersebut.

"Pagi ini kita ada pendaftaran, bagi kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi lebih kurang 300 peserta yang telah tiba di Dataran Merdeka.

"Tiba-tiba kami nampak segerombolan berbaju kuning, lebih kurang dalam 100 orang datang hendak buat kecoh pada program kami.

"Kita sekarang dah minta bantuan polis, kami tidak mahu mereka buat kacau program kita sebab apa yang pasti kalau dia buat 'havoc', risau akan berlakunya pergaduhan besar," katanya kepada Sinar Online hari ini.

Mengulas lanjut, Nazir berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana pihaknya tidak berniat untuk menganggu mana-mana pihak.

"Pihak kami risau akan berlaku perkara yang tidak sepatutnya, ini program anak muda bukan program mereka, jadi kita harap polis dapat mengawal keadaan ini," katanya lagi.

Program Dataran Drag Battle 2016 (R2), di Dataran Merdeka berlangsung selama dua hari dan akan berkahir esok, terdapat sebanyak lapan acara pertandingan motosikal yang dipertandingkan.

Program ini dianjurkan HELP, dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Mcm tak berapa kuning shj baju diaorg tu...
Makcik tu minggu lepas pakai merah , ,,skang kuning
Emmmmppp

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.