Ada ahli politik ambil kesempatan keruh keadaan
JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo mendakwa ada
ahli-ahli politik tertentu mengambil kesempatan mengeruhkan suasana
dalam demonstrasi yang disertai ratusan ribu umat Islam di ibu kota
Jakarta, semalam.
Katanya, disebabkan itu para peserta perhimpunan itu terpengaruh dan melakukan kekecohan dan menentang pasukan keselamatan.
"Kita kesal kejadian ba'da Isya yang seharusnya sudah bubar tapi
menjadi rusuh (kekacauan) dan ini kita lihat telah ditunggangi
aktor-aktor politik yang memanfaatkan situasi," katanya seperti yang
dipetik oleh media-media online hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100,000 umat Islam sertai demonstrasi]
Jokowi berkata, beliau telah mengarahkan naib presiden Jusuf Kalla
untuk menerima memorandum bantahan itu daripada wakil perhimpunan kerana
beliau terpaksa menghadiri majlis di luar istana.
"Saya telah menyatakan bahawa kes Ahok itu akan disiasat secara tegas,
tepat dan telus...Biarkan pihak keselamatan bekerja menyelesaikan proses
penegakan hukum seadil-adilnya," kata beliau.
Semalam, ratusan ribu umat Islam menyertai demonstrasi sebagai
membantah Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok yang didakwa
menghina al-Quran.
Ahok ketika bertemu dengan pengundi di Pulau Seribu bulan lepas telah
meminta mereka agar tidak terpedaya dengan pihak menggunakan surah
al-Maidah untuk melarang mereka memilih pemimpin bukan daripada kalangan
umat Islam.
Beliau adalah satu-satunya calon gabenor dari keturunan Tionghua dan
bukan beragama Islam di Indonesia yang akan bertanding mempertahankan
jawatannya pada Pilihan Raya Ketua Daerah (Pilkada) Februari tahun
depan.
Ahok dicabar dua pasangan yang bertanding atas dua lagi gabungan
parti-parti politik iaitu pasangan Anies Bsawedan-Sandiaga Uno dan
pasangan Agus Harimurti Yudhoyono-Sylviana Murni.
Kenyataan Ahok itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan
tokoh-tokoh agama di seluruh Indonesia dan mereka menganjurkan
perhimpunan besar-besaran bermula selepas solat Jumaat semalam.
Bagaimanapun, perhimpunan yang sepatutnya dijadual berakhir 6 petang di
istana semalam telah berlanjutan sehingga pukul 5 pagi tadi apabila
ribuan peserta demonstrasi itu berarak pula ke Dewan Perwakilan Rakyat
atau parlimen Republik Indonesia di Jakarta Selatan.
Setelah gagal memasuki kawasan Parlimen, mereka tidur di atas jalan
raya di hadapan dewan sehingga solat subuh sebelum bersurai.
Sebelum itu, kekecohan mula berlaku apabila peserta perhimpunan itu
enggan bersurai atas alasan mahu wakil perhimpunan itu menemui Presiden
Joko Widodo dan bukannya wakil presiden.
Kejadian itu berlaku apabila beberapa wakil penganjur perhimpunan
termasuk pemimpin Gerakan Nasional Pembela Fatwa-MUI (GNPF-MUI) Cholil
Ridwan dan Athos Alatas memasuki istana untuk menyerahkan memorandum.
Mereka kemudiannya bertemu Jusuf Kalla kerana enggan menyerahkan
memorandum itu kepada beberapa menteri kabinet yang berada di istana.
Polis terpaksa mengambil tindakan menggunakan pancutan meriam air untuk
menyuraikan mereka dan suasana menjadi kecoh apabila peserta
perhimpunan itu mula menentang pasukan keselamatan dengan melontar
pelbagai objek dan membakar kenderaan pasukan keselamatan.
Setelah kira-kira dua jam kemudian, sebahagian peserta demonstrasi itu
berundur dan menaiki bas masing-masing menuju ke kawasan Parlimen dan
Ketua Front Pembela Islam (FPI) Rizieq Shihab mengajak peserta untuk
berehat hingga solat Subuh.
Rizieq sebelum itu menemui Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat Zulkifli
Hasan bagi membincangkan memorandum bantahan itu. - Bernama
3 orang berkata:
Org macam itu kalo di malasia dipanggil WALAUNTA pak. Di malasia kalo pak presiden mau tau, dia ini suka banget sama kayu balak, pak
Apakah bahaya berbaik dgn pas dlm pru 14?
1. Ini taktik pas sbb dewan tak bagi ruu 355 lagi. Cam merajuk la tu. Dpt bentang besok, zaaappp dia sokong amno balik.
2. Perangkap. Pelanduk selalu lupa perangkap. Kemungkinan amno tewas agak cerah. Klu dgn gabungan ph pas bole menang banyak, dia bole lompat tolong amno utk kongsi perintah. Masyuk lebih beb. Untung2 bole ambik jawatan pm. Alasan mau melayu islam perintah. Dap kapir harbi.
3. Kelantan kalau ikut jadualnya lepas pru14 akan tukar ke parti lain. Tu yg nak tolooooooooogg sangat2 tu. Nak tolong pengkhianat??
Bole jalaaaaaaaaaaannnnn
Kalu 1 lawan 1, dan pas jadi calon, aku akan boikot. Bior ler umno menang. Janji pas kalah.
Target utama pru 14 ialah mengalahkan walaunta supaya mereka sedar bahawa mereka cuma setaraf cicak shj.
Post a Comment