Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAGI TAHU UMNO, BANTUAN LUAR TAK SALAH


Terima dana asing tak salah di sisi undang-undang
Datuk Seri Azalina Othman

SHAH ALAM – Tindakan menerima dana asing mungkin tidak salah di sisi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ini kerana katanya, buat masa ini tidak ada peraturan atau undang-undang khas berkaitan sumbangan asing boleh dikuatkuasakan ke atas penerima dana asing.

Bagaimanapun, beliau akui pendedahan daripada pihak berkaitan berkenaan penerimaan sumbangan daripada Open Society Foundation (OSF), yang dimiliki oleh George Soros adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Setiap rakyat Malaysia boleh berbeza pandangan tetapi kita perlu sependapat agar tiada campur tangan dalam urusan pentadbiran dan politik di negara ini.

“Bagaimanapun, kita tidak bertolak ansur dengan perkara yang boleh menggugat kedaulatan dan demokrasi negara ini. Setiap warga negara yang cintakan negara ini seharusnya tidak bertolak ansur dengan sebarang pencabulan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpandangan sudah tiba masanya bagi Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan Peraturan Pertubuhan 1984 untuk dikuatkuasakan kepada pelbagai kategori pertubuhan.

“Secara dasarnya, pendaftaran badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan melalui Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (ROC)  dan tertakluk kepada undang-undang berkaitan.

“Namun, terdapat keperluan untuk menambah baik akta ini dengan mengambil kira prosedur laporan terhadap sumbangan yang diterima  adalah mengikut tadbir urus yang betul, telus dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, akta itu juga perlu menyediakan ruang untuk mengawalselia pendaftaran gabungan NGO-NGO seperti Bersih bagi menghalang sebarang penyalahgunaan.

“Ia bertujuan membentuk pembangunan sosial dan masyarakat yang lebih baik di negara ini,” ujarnya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Tn guru hj dol albaghali selaku penasihat amnooo pun kata bantuan tu tak salah. Ia memerlukan 4 bukti. Jadi kita sebagai walaunta kelas pertama wajib walak menyokong kenyataan menteri di atas selari dgn kenyataan mursitol kebanggaan kita.

Hidup tn guru hj dol!!
Hidup tn guru hj dol!!

Siapa yang mengaku walaunta tetapi tidak menyokong kenyataan ini boleh tanam di jirat cina.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.