Berikut
kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS kepada Pensihat
PPBM, Tun Mahathir diatas ucapan yang dibuat sewaktu Konvensyen Pakatan
Haprak tu baru - baru ini yang menuduh PAS makan dedak Datuk Seri Najib.
Antara
lain, Nik Abduh menasihatkan kepada Bekas Perdana Menteri itu agar
tidak membuat tuduhan sesuka hatinya terhadap PAS tanpa melihat kelakuan
yang telah ditonjolkan sewaktu memegang tampuk kuasa pada suatu ketika
dahulu.
Malah,
anak kepada Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz itu juga
turut menasihatkan Tun Mahathir agar dia menginsafi segala kesalahan
yang telah dilakukannya selama hari ini sebelum membuat tuduhan terhadap
PAS.
“Tun Mahathir ini dia komen ikut sesuka hati dia sahaja. Saya ingat dia ni yang sekat royalti Kelantan kemudian dia nak beri royalti. Dia yang penjara Datuk Seri Anwar Ibrahim, kemudian dia nak bebaskan Anwar. Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Masa dia tidak ada kuasa, dia sebut.
“Lebih baik Tun M kembali ke tikar sajadah, pergi ke Makkah. Banyak belajar agama, itu lebih baik daripada dia pulang ke politik,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada pemberita di Parlimen.
Dari
satu sudut, kenyataan Nik Abduh itu seolah - olah memberikan gambaran
bahawa Tun Mahathir ini bukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai
yang hanya sekadar bermain Politik Retorik dengan membuat tuduhan
terhadap PAS.
Terdahulu,
pemimpin kanan PAS membuat pendedahan terbuka dan mengakui bahawa parti
itu lebih teruk dilanyak oleh Tun Mahathir sewaktu dia memimpin Negara
sehingga menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1990.
Menurut
kata Naib Presiden PAS Pusat, parti itu lebih teruk dizalimi oleh Tun
Mahathir jika hendak dibandingkan dengan DAPigs sejak tahun 1985 dalam
isu Memali dan menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun
1990.
“Kita lebih berhati-hati dengan Umno lebih daripada parti lain. DAP dan parti lain tidak terkesan banyak dengan kezaliman Umno. PAS paling teruk dizalimi Umno. Parti-parti lain tak kena macam PAS. Jadi tuduhan PAS masuk (gabung) Umno tak masuk akal,” katanya.
Dalam
erti kata mudahnya, PAS cuba memberikan gambaran seolah - olah Tun
Mahathir ni merupakan individu yang bertanggungjawab mengkhianati PAS
dan sekali gus membuktikan bahawa segala tindakan yang telah dilakukan
pada hari ini jelas bertentangan dengan prinsip yang pernah didoktrinkan
selama hari ini!!!
2 orang berkata:
Yang ni sokong 100% Nik Abduh
Lebai2 makan dedak dah mula tersentap dgn Dr Mahathir. Sape makan cili dia terasa pedasnya.
Post a Comment