Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR SEDANG DIBOGELKAN ?


Tun M disifatkan hilang rasa malu
Abu Bakar Ghani
Abu Bakar Ghani

KUALA TERENGGANU – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sudah hilang rasa malu apabila segelintir penyokong Pakatan Harapan tidak dapat menerima beliau dalam pakatan pembangkang itu.

Ini terbukti apabila kehadiran bekas pemimpin negara itu bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ke Konvensyen Pakatan Harapan 2016, Sabtu lalu bertukar menjadi kecoh dan segelintirnya melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Bebaskan Anwar’.

Bekas Ketua Penerangan PKR Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, keadaan itu menunjukkan penyokong-penyokong Pakatan Harapan khususnya dari PKR tidak mampu melupakan apa yang dilakukan Mahathir terhadap pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman pentadbirannya.

“Tun Mahathir seolah-olah tidak tahu arah dia dan sudah tidak ada rasa malu, akibat hilang pertimbangan sehingga tidak rasa malu.

“Saya dahulu pun pernah berjuang selama lima tahun dalam Keadilan untuk bebaskan Anwar dan Mahathirlah yang penjarakan Anwar dan Mahathir juga yang kata Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri.

“Jadi, saya tidak tahu sejauh mana orang mahu percaya kepada Tun Mahathir...sebahagian ahli PKR tidak setuju dengan Mahathir begitu juga DAP,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Abu Bakar yang juga Penceramah Umno Terengganu memberitahu bahawa ahli-ahli Pas juga sudah tentu tidak boleh menerima Mahathir berikutan banyak perkara berlaku yang menyinggung perasaan orang Pas.

Jelasnya, beberapa isu termasuk tragedi Memali sudah tentu sukar dilupakan pihak terlibat dan bukan senang untuk memaafkan Mahathir dengan mudah.

Bagaimanapun katanya, walaupun pendirian politik Mahathir sudah berubah sehingga mengubah prinsip yang dipegangnya sebelum ini, keadaan itu belum tentu boleh mengubah pendirian penyokong-penyokong Pakatan Harapan.

“Kalau kita lihat, Mahathir mahu berarak dengan pembangkang yang lain sedangkan sebelum ini beliau sendiri marah berdemonstrasi.

“Sebab politik, karakter pun boleh berubah. Dalam hal ini, terserah kepada orang lain hendak ikut beliau atau tidak. Beliau pun sudah tiada kuasa, tiada manfaat pada orang Umno,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.