Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CILAKA PUNYA PENCURI !

Boleh masuk rumah kami, tapi jangan 'mencuri'
Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

ARAU - Pas bersedia membuka pintu kerjasama kepada parti-parti yang sesuai dan sealiran dengan matlamat perjuangannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas sudah membuka ruang itu sejak lama dahulu namun pihak-pihak yang sudi haruslah menghormati dan tidak mencampuri urusan dalamannya.   

"Pas tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami.... tapi jangan pula lepas itu dia 'curi' dalam rumah kami," katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana 'Budaya Politik Matang Dan RUU 355' di Balai Islam Madi, Jejawi di sini, malam tadi.


Abdul Hadi berkata, Pas tidak pernah mengubah pendekatan bersifat terbuka dalam bekerjasama dengan pihak lain demi menegakkan syiar Islam dan mendapatkan keredaan ALLAH SWT.

"Pokok pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa Pas adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata," katanya.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pula menegaskan parti itu mengutamakan pihak yang boleh menerima Islam tanpa berbelah-bahagi serta menerima usaha dan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, Akta 355 untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).  

Beliau berkata, Pas tidak memandang bangsa atau agama kerana matlamat penting adalah untuk mengangkat perpaduan manusia demi kesejahteraan negara.    

"Walaupun Pas menjadi pembangkang... kami tetap mahu memberi nasihat, kita bersatu dalam perkara yang sama dan tidak berpecah dalam perkara yang berbeza," katanya.    

RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai  kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.  

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati. - Bernama

6 orang berkata:

Unknown said...

Pas akan kalah 95% kerusi2 d luar k'tan. Dan akan kalah 50% kerusi d k'tan

Anonymous said...

Masuk kawasan kami dan curi kayu balak. CILAKA PUNYA PENCURI.

Anonymous said...

Oiiiii...
Ko dah kena kencing, jangan la nak kencing kita org pulak.


Rasa kencing tu sedap ker tuan??
Heeeeeeee

Anonymous said...

Tuan punahsihat kena kencing.
Bodo giler.

Anonymous said...

Hahaha tn penasihat pun boleh kena kencin ker

Anonymous said...

Oiiii tn hj...
Tak sapa nak masuk rumah tn hj.
Rumah tn hj dah nak runtuh.
Tn hj masuk la sorang2.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.