Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MASUK DAP BOLEHLAH BELAJAR !

DAP akui kes rasuah Guan Eng cabaran besar
DAP akui kes rasuah Guan Eng cabaran besar
Seramai 328 daripada 1,027 delegasi hadir dengan 80 daripada mereka adalah ahli veteran DAP Pulau Pinang, hari ini.

GEORGETOWN - DAP mengakui pendakwaan dua kes rasuah Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng adalah cabaran besar bagi parti demokratik itu.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, walaupun kes itu sudah dibawa ke mahkamah, parti akan terus berjuang dalam memastikan parti tidak terjejas dengan dakwaan kes Guan Eng yang juga Ketua Menteri itu.

Menurutnya, selain menghadapi kes itu, parti turut memberi tumpuan terhadap kerja politik dan meneruskan perjuangan parti yang bermula sejak 50 tahun lalu.

"Di peringkat negeri, penahanan dan pendakwaan Guan Eng kerana rasuah adalah satu cabaran besar terhadap parti dan kerajaan negeri. Namun, ia tidak mematahkan semangat DAP untuk terus berjuang yang bermula sejak 50 tahun lalu.

"Dalam menghadapi situasi yang tidak menentu, DAP Pulau Pinang tetap yakin dalam kerja-kerja politik dan mengalu-alukan mandat baharu daripada rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2016 di sini, hari ini.

Dalam konvensyen itu, seramai 328 daripada 1,027 delegasi hadir dengan 80 daripada mereka adalah ahli veteran DAP Pulau Pinang.

Antara pemimpin tertinggi DAP yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Mohd Taufek Abd Rahman dan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Kon Yeow turut mengakui tahun ini adalah tahun paling mencabar untuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Parti juga menggerakkan jentera untuk melancarkan kempen “Simpati, Solidariti dan Sokongan kepada Guan Eng” apabila beliau ditahan dan didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 30 Jun lalu. Parti merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli, penyokong dan mereka yang mengambil berat dengan isu ini.

"Kita menghargai mandat dan aspirasi rakyat untuk menggerakkan parti ke hadapan dan mencapai kejayaan lebih besar dalam misi politik kita. Pada masa ini, Pakatan Harapan masih cuba untuk bertindak bersama ketika berhadapan senario politik yang pantas berubah," katanya.

Menurutnya, pembentukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyuddin Yassin telah meningkatkan ketegangan politik dalam kalangan masyarakat Melayu.

"Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap Pas dalam keadaan politik semasa. Mereka juga dilihat bergerak seiring dengan Umno dalam agenda Islam.

"Ketegaran mereka dalam mendesak pelaksanaan undang-undang Hudud di Parlimen telah menimbulkan banyak ketegangan dalam kalangan parti-parti politik sama ada dari BN atau barisan pembangkang," katanya.

Kon Yeow berkata, sebagai parti utama dalam Kerajaan Pulau Pinang, DAP perlu bekerja keras dalam menunjukkan kepimpinan politik dalam memimpin negeri ke hadapan walaupun berdepan dengan sumber dan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang terbatas.

"Parti perlu kuat dalam menghadapi cabaran politik dari parti komponen BN dan organisasi masyarakat awam yang semakin lantang menyerang prestasi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

"Sehubungan itu, parti kini bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan membentuk sebuah jawatankuasa kempen pilihan raya yang diketuai Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying," katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Masuk pas boleh belajar kapirkan orang? Boleh belajar tanam org di jirat cina?

Anonymous said...

Kalu nak rasa kena kencing, masuk pas. Kalau tak nak kena kencing masuk amanah. Kalu nak belajar mengencing masuk amnoo.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.