Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAP OIC JANGAN JADI PERTUBUHAN SEKULAR

Malaysia kutuk serangan terhadap Arab Saudi
Anifah Aman
Anifah Aman

KUALA LUMPUR - Malaysia, yang mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Arab Saudi, telah menyatakan harapan agar pelaku terbabit dibawa ke muka pengadilan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam kenyataan malam tadi berkata, serangan itu secara terus terang melanggar kedaulatan kerajaan Arab Saudi dan merupakan satu ancaman terhadap keamanan dan keselamatan serantau serta global.

"Dalam hal ini, Malaysia tegas dalam soal perpaduan dengan Arab Saudi. Makkah adalah tempat paling suci bagi umat Islam.   

"Tindakan agresif itu jelas tidak menghormati kesucian tempat suci berkenaan. Ia amat dikesali dan bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam," katanya dalam satu kenyataan pada Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar di Arab Saudi pada Khamis.

Pada 27 Oktober lepas, tentera gabungan Arab yang berperang di Yaman berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Houthi kira-kira 65 kilometer dari kota suci Makkah.

Pemberontak Houthi juga melancarkan serangan yang serupa di lokasi pangkalan udara Arab Saudi di Taif pada 10 Oktober.

"Walaupun tiada mangsa terkorban dilaporkan daripada serangan itu, insiden ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia," katanya.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan isu penting mengenai keselamatan Tanah Suci yang menimbulkan kebimbangan kepada umat Islam.

Semasa mesyuarat itu, Anifah juga menyatakan sokongan Malaysia bagi pencalonan Dr Yusuf Ahmed Al-Othaimeen sebagai Setiausaha Agung baharu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Malaysia juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Iyad Ameen Madani atas sumbangan beliau kepada organisasi itu semasa memegang jawatan setiausaha agung badan itu. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Jgn serang negara orang klu x mau diserang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.