Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ABANG KUCHING CABAR JAMAL, SAMA-SAMA UMNO BERGASAK, BAGI PAN JADI PENGADIL

Abang Kucing cabar Jamal bertinju
Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos
Jamal

BUKIT CHANDAN - Tindak-tanduk kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kerap mencetuskan provokasi menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat.

Merasakan tindakan kumpulan tersebut semakin melampau, seorang aktivis masyarakat, Sharul Nizam Ab Rahim, 37, melontarkan cabaran terbuka kepada Jamal dalam laman sosial.

Dia yang menggelarkan dirinya ‘Abang Kucing’ mencabar Jamal supaya bertinju di dalam gelanggang sekiranya Pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu benar-benar berhasrat menunjukkan kekuatannya.

Menurutnya, setakat ini, seramai 22 peninju dari seluruh Malaysia menghubunginya dan meminta slot bertarung dengan Jamal dalam gelanggang.

Begitupun, katanya, tiada sebarang respon dari Jamal sehingga kini, namun difahamkan Jamal mengetahui perkara itu (cabaran bertinju) yang dimuat naik dalam laman sosial kelmarin.

“Bila saya buat cabaran terbuka sebegini, orang label saya sebagai penyokong Bersih tetapi sebenarnya mereka tidak tahu saya merupakan pemangkah tetap BN di Lubuk Merbau dan Padang Rengas.

“Saya cabar kerana saya lihat kesamsengannya semakin terserlah dan undang-undang juga seakan tidak boleh menyentuhnya. Itu sebab saya cabar beliau buka gelanggang dan bertinju di situ.

“Saya boleh sediakan beberapa peninju dan sekarang pun saya sudah ada 22 orang yang sudi masuk gelanggang menentang Jamal,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Sharul Nizam, beliau melakukan cabaran sebegitu kerana enggan budaya samseng dan pergaduhan terus merebak dalam kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, orang Melayu harus ingat bahawa pergaduhan sesama Melayu begitu mahal harganya seperti yang pernah dibuktikan pemimpin terdahulu.

“Berani itu bagus tetapi bijak lebih baik. Kalau kita bergaduh di tepi jalan sebegitu, ia menyalahi undang-undang. Jadi, apa salahnya kita buka gelanggang dan Jamal boleh tunjuk kekuatannya di situ.

“Apa yang membuatkan saya geram adalah apabila dalam satu video, Jamal menolak seorang lelaki sedangkan polis ada di sekelilingnya. Itu salah, sangat salah.

“Yang kamu (Jamal) tolak tu Melayu tau, Islam sama-sama dengan kamu. Saya tidak tengok baju apa orang pakai masa itu tetapi kalau dia usik Melayu, saya akan bersuara,” tegasnya.


Menurutnya, tindakan kumpulan baju merah menunjukkan kekuatan di jalan raya dilihat tidak adil dan tiadanya respon dari kumpulan baju kuning bukan bermaksud mereka takut.

“Mereka masih muda. Bila berlaku pergaduhan, polis akan berkas semua sekali. Bila ada rekod polis, susah untuk mereka cari pekerjaan pada masa depan.

“Sebab itu, mereka tidak melawan. Jadi, kumpulan baju merah janganlah ingat mereka takut lalu mereka terus melakukan lebih banyak provokasi pula,” katanya.

Setakat semalam, status dimuat naik Sharul Nizam viral di media sosial telah mendapat kira-kira 15,000 perkongsian namun sehingga semalam, tiada sebarang maklum balas dari pihak kumpulan baju merah.

8 orang berkata:

Anonymous said...

aku nasehatkan bek korang jgn turun bersih, kang xpasal ke lokap susahkan diri dan keluarga..kalo pas ada dulu lain,korang kena paham waktu tu kalo pihak penguasa/polis membayangkan dia mcm nak usik je korang,pas akan jual agama..penguasa/polis akan jadi serba salah dibuatnya,bukan pasal penguasa/polis tu salah, tapi takut yg masih beringus(walaupun dah tua) salah paham hihi..skrg pas x join..jadi kemungkinan pihak penguasa/polis x serba salah langsung dah tau,tambah2 pas dah bagi pembayang fatwa kat penguasa bahawa demo ni skrg adalah perkara yg salah dan sia2..jadi baik korang pk 2x..kalo pas ada sekali dulu lain la kan,demo ni x sia2 bahkan wajib dan dapat pahala jihad..hihihi
sayangilah diri korang dari diperalat ahli2 politik..nanti yg susah korang..dorang sume duit banyak..korang sume dahla miskin jgn jadi bangang pulak..dorang sume 2x5 je..

Anonymous said...

org2 politik kalo masuk lokap/jel dia tinggal duit berkoyan2 utk keluarga dia dalam waktu dia xda tu..korang kalo masuk lokap/jel kucing kurap pun x rindu kat korang tau..hihi
yg setia ngan korang masa tu insyaAllah ialah mak abah dan adik beradik korang je tau, bukan ahli politik ,bahkan mcm aku cakap tadi kucing kurap pun x rindu kat korang hehehe

Anonymous said...

Jika rasa dizalimi berkewajipan menentang. Menentang kezaliman bukan dgb cara berjimak atau menonton drama melayu di tv.

Murabi pas saya bgtau 7 tahun yg lalu.

Anonymous said...

Babi yg x ada otak sahaja akan berdiam diri kalau ditindas berterusan.

Anonymous said...

di tindas?hari2 lepak kat blog ni ceria2 ko bantai org.. ditindas?hehehe
ko yg mcm bapok x lasak kot hihi..
berdiam diri tu kan ada byk jenis..ko tau 1 jenis je ke?tu la ko asik makan taik je sampai sempit dah otak ko..ok aku bagi dua jenis diam dalam byk2 jenis diam yg ada ye..tapi berenti makan taik ok lepas ni..
1-diam pasal xda otak
2-diam pasal x nak layan babi2 bodoh ingus meleleh tapi perasan best je tiap saat,x pernah rasa x best..rasa best memanjang..ha ni babi yg agak teruk ni..
kalo jumpa kelompok babi2 mcm ni, kalo mampu,elok jauh2/diam2 kan diri hihihihihi

Anonymous said...

parti2 politik termasuk umno kot yg tentukan rezeki ko makan atau x,idup atau mati kot sebab tu jelas nampak fokus tol korang marah dan taksub kat mana2 parti politik..walhal umno,pkr,pas dan lain2 same je baruanye hihihi..2x5..cuma korang untung sikit, pasal parti pas lagi terbabas dari parti korang..
itu je la bezanya,tapi kalo nak ikut dari sudut baruanye..same je semua barua hihihihi

Unknown said...

coach outlet clearance
oakley sunglasses wholesale
mbt shoes
ugg outlet
oakley sunglasses
coach outlet
tory burch shoes
ugg uk
polo ralph lauren
louis vuitton outlet
20170114lck

jjjjjjjjjjjjj said...

air force 1
air jordan 13
nhl jerseys
dior glasses
adidas eqt
yeezy boost 350
curry 5
air max 2018
michael kors outlet online
jordan shoes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.