UIAM muncul juara Debat Antara Universiti
KUALA LUMPUR - Pendebat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
muncul juara Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) yang
berlangsung di Universiti Cambridge, London Ahad lepas.
UIAM dalam satu kenyataan berkata, pasukan debat UIAM diwakili pelajar
jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore dan pelajar jurusan Ekonomi
dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey.
Mubarrat juga dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan pada kejohanan tersebut.
Mereka menewaskan tiga pasukan daripada Universiti Oxford, Universiti
Toronto, Canada dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam format
pertandingan debat empat penjuru.
Kejohanan yang berlangsung pada 18 hingga 19 November lepas disertai
100 pasukan seluruh dunia termasuk Universiti Harvard, Universiti Durham
dan Kolej Diraja London.
Menurut kenyataan itu, ini merupakan kali kedua Malaysia memenangi
kejohanan itu dengan pasukan debat UiTM menjadi juara pada tahun lepas.
Pada tahun ini, UIAM telah meraih tiga kejohanan debat berprestij dunia
iaitu Kejohanan Debat Antara Universiti Australasian, Kejohanan Debat
United Asian dan Kejohanan Debat Parlimen British Asia.
Pasukan debat UIAM itu kini bersiap sedia untuk menyertai Kejohanan Debat Utama Dunia di Belanda, Disember depan. - Bernama
1 orang berkata:
Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
angka yang diberikan MBAH SERO kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel 2d 3d 4d mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999
Post a Comment