Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JAAL DICABAR

'Saya boleh ajar Jamal berniaga tak bankrap'
'Saya boleh ajar Jamal berniaga tak bankrap'
Ketua Pemuda Ampang, Datuk Adam Rosly menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan pada sidang media, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

AMPANG -‎ Sidang media kononnya untuk menjelaskan berkaitan jenis perniagaan yang dijalankan oleh Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly hari ini bagaimanapun hanya menambahkan lebih banyak spekulasi.

Malah Adam enggan menjawab soalan media sambil menyatakan ia perkara peribadi dan berkata, beliau hanya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya siasatan dijalankan terhadapnya.

"(Tetapi) saya beri jaminan kerjasama baik pada pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasat dan bertanya sebarang soalan dan saya akan nyatakan segala dokumen mengenai perniagaan saya," katanya.


Adam bagaimanapun sempat menyindir Ketua Umno Bahagian Sungai Besar,  Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mempertikaikan tentang kekayaan luar biasanya dalam usia 28 tahun.

"Jamal hendak pertikai bagaimana anak muda seperti saya boleh kaya dalam usia muda, saya minta beliau jumpa saya.

"Saya boleh ajar Jamal bagaimana cara nak berniaga supaya tidak bankrap... dia salah belajar, salah guru, dia kena belajar dengan anak muda ini," katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai daripada mana datangnya hasil kekayaannya, Adam berkata, beliau berjaya pada waktu kini kerana jerit perihnya dalam berniaga.

‎"Saya telah memiliki beberapa kereta mewah sebelum saya sertai PKR lagi, pakai kereta BMW, Volvo, Perdana.

"Saya miliki Perdana seawal usia 19 tahun, belum sertai PKR lagi," katanya. Dalam pada itu, katanya beliau menyertai PKR, bukanlah bertujuan untuk mendapatkan projek sebaliknya diatas kesedarannya untuk membantu rakyat.

"Saya ulangi saya menyertai politik kerana minat mendalam... rasa terpanggil dan menyokong Gerakan Reformasi  untuk pastikan negara bersih,ditadbir oleh pentadbir sebenar," katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Dia kaya sbb dia niaga.
Dia kaya bukan terima derma.
Dia kaya bukan terima royalti.
Dia kaya bukan ambik duit cikgu.
Dia kaya bukan jual balak.
Dia kaya bukan sbb terima dedak.
Dia kaya sbb berniaga.

Boleh saya tahu, din ayam niaga apa??

Anonymous said...

Udah udahlah tu Anonymous 5.25am hang jadi kadam Husam @ Pengkhianat @Anak Gampang Parti Kuali.. Hang punya hancing busuk dah tau dah... Ulang2 citer YIK, Balak lah, Dedaklah.. Cikgu bahasa Malaysia hang masa dok sekolah rendah dulu suka ponteng ka? Tak reti bagi anak murid tajuk karangan lain ka? Bangang punya anak gampang Husam ngan Mat Sabun nih.. Ptuihh

Anonymous said...

P.A.S Parti Ajaran Syaitan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.