Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG !

Konvensyen tanpa Pas ibarat ‘kereta tiada enjin’
Pas

KOTA BHARU - Konvensyen Pakatan Harapan yang dibuat tanpa Pas adalah ibarat ‘kereta tanpa enjin’ dan bersesuaian dengan situasi politik hari ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, adalah menjanggalkan apabila Pakatan Harapan lebih melihat kepada menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan mengutamakan Bersatu daripada kekuatan Pakatan.

Oleh itu, Iskandar Hasan berpandangan, adalah  tidak menghairankan apabila Pas tidak menjadi keperluan dalam konvensyen tersebut dan laungan reformasi hanya sekadar retorik yang telah dimainkan sejak 1999.

“Biarpun pada asasnya perpecahan dan tidak sependapat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan pasti berlaku selepas PRU14.

“Maka solusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut yang meletakkan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 hanya sekadar bermimpi di siang hari,” katanya.

Sinis beliau, kejujuran Pakatan Harapan untuk membela nasib rakyat hanya sekadar bermusim tanpa ada hasilan yang konkrit dan ini bermakna konvensyen itu hanyalah memuaskan pihak-pihak tertentu bukannya melihat lebih jauh mengenai permasalahan rakyat.

Beliau juga beranggapan konvensyen sulung berkenaan itu nampaknya diterajui oleh Bersatu dan kurangnya peranan PKR serta DAP.

“Adakah sebuah parti yang baru ditubuhkan nampak lebih berkuasa daripada dua parti veteran. Adakah konvensyen ini bermotifkan kepentingan survival politik individu tertentu.

“Di manakah suara Amanah, atau parti itu hanya mengikut kata orang. Amanah langsung tidak menunjukkan usaha dalam memartabatkan perjuangan Islam dalam konsensus konvensyen ini.

“Apakah konsensus tersebut digunakan untuk mencapai kehendak DAP dan Bersatu. Jika ini yang berlaku maka ke mana pergi nasib agama dan bangsa Melayu,” katanya.

Tambahnya, konvensyen tersebut juga digunakan sebagai platform untuk memburukkan usaha kerajaan pimpinan perdana menteri, sedangkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang lebih kepada kegagalan DAP dalam menangani banjir.

Malahan katanya, isu air yang tercemar juga berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan kerajaan negeri PKR di Selangor dan kedua-dua isu itu sepatutnya diutamakan supaya rakyat nampak keprihatinan Pakatan Harapan dalam membela nasib rakyat.

“Bukannya guna pendekatan populis seperti yang digunakan oleh seorang tokoh Pakatan Harapan pada masa lalu.

“Pendekatan populis hanya sekadar gimik konvensyen kalai ini dan lebih beretorik daripada mencapai janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat semasa PRU13,” katanya.

Katanya, banyak janji-janji  yang dibuat PKR dan DAP masih belum lagi terlaksana dan  konvensyen  itu juga didapati lebih mementingkan survival politik daripada keutamaan membela nasib rakyat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Patut la..
Kangkong uitm...

Anonymous said...

Agak2 pak karamu la, kangkong ni pas ker amnoo?? Dia undi pas ker undi amnoo??

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.