Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JANGAN PUTUS ASA

Yakin RUU355 dibentang pada akhir sidang
Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

 - Pas percaya Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan dibentangkan dan dibahas sebelum sidang Dewan Rakyat bagi sesi ini berakhir.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menjangkakan, pindaan RUU itu dapat dibentangkan pada 23 atau 24 November ini.

‎"Insya-ALLAH pada tarikh berkenaan, tunggu dan lihat," katanya kepada Sinar Online di lobi Parlimen, hari ini.

RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan‎ dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai  kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang‎ disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang‎ disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan beliau tidak pasti jika‎ ada masa bagi RUU Persendirian yang dibawa Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk dibentangkan di Parlimen.

Abdul Hadi pada Mei mengesahkan RUU itu bertujuan untuk memperluaskan lagi skop hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah dan bukan bermaksud untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Difahamkan, pindaan akta itu hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan 2/3 dewan.

Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-13, akan berakhir pada 24 November ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Klu tahun ni tak dpt, tahun depan ada. Klu tahun depan tak dapat, tahun satu lagi ada.

Tunggu aje la....

Anonymous said...

Mca, gerakan dan mic akan cuba sedaya upaya utk gagalkan pembentangan ruu. Depa dah warning amnoo. Mahu pecah gabungan bn....

Pm bukan bodoh laaa...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.