Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ko rang jangan la gelak, ni juara lompat ak jadi pi em

Ibrahim Ali akui mungkin jadi perdana menteri?
Ibrahim Ali
Ibrahim Ali

SHAH ALAM - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang pernah dilabel Donald Trump Malaysia berkata, beliau pun mungkin berpeluang menjadi perdana menteri.

Menurutnya, ini susulan kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam pilihan raya, baru-baru ini.

“Dulu, (Timbalan Menteri Dalam Negeri) Datuk Nur Jazlan (Mohamed) label saya Donald Trump Malaysia. Sekarang  Trump jadi Presiden AS, dia senyap pula, tak ucap tahniah pun.

“Jangan main-main ya. Kita manusia boleh merancang, ALLAH yang menentukan,” katanya pada  satu sidang media, baru-baru ini.

Video petikan kenyataan Ibrahim itu yang diselit dengan ketawa beliau, turut diviralkan di media sosial.

Membandingkan dirinya dengan dua perdana menteri dan seorang timbalan perdana menteri, Ibrahim berkata, beliau berada pada kelas sama.

“Kalau tengok perdana menteri sebelum ini, selain Tun Dr Mahathir Mohamad (yang lebih sedikit) sebab dia ada gelaran doktor,  Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau ini yang ada sekarang, saya pun layak. Standard sama saja.

“Tun Abdullah dan Anwar graduan Universiti Malaya. Takkan saya tak boleh? Saya juga ada ijazah sarjana muda.

“Dari segi rekod lain, saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dua kali, hampir 50 kali naik turun mahkamah (dan di) berpuluh lokap saya tidur. Jadi saya lebih layak. Saya rasa rakyat Malaysia pasti gembira,” katanya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Eleh....
Mamat ni standard dia sana dgn hadi je.

Anonymous said...

Kalu brahim masuk calon marang, kompom aku undi dia.

Anonymous said...

PR takkan terima 'budak bodoh baju merah'

Setinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada OTAI BAJU UNGU anda Terbaik

SALUTE

Anonymous said...

Sekurang2 pak brahim x lah jadi pengkianat.

Anonymous said...

Kenapa kita mesti pilih brahim?
Buruk2 brahim tu, dia tak pernah kapirkan orang, tak pernah nak tanam orang kat jirat cina, tak pernah baruakan orang. Brahim ni suka tolong orang kat pasir mas. Brahim bukan kaki sapu balak mcm lebai2 tu......

Brahim ni mulut je busuk tapi hati dia baik.

Anonymous said...

Abang him ni suka buat benda2 kelakar. Tu yg kita suka kat dia.

Anonymous said...

Mudah2N Ibrahim Ali menjadi PM Malaysia menggantikan Najib. Amin ya Rabb

Hamba Allah said...

Org bodoh mcm anon 1:10 ja undi ibrahim ali

cass said...

sebelum nak jadi pm....test dulu pak him ni layak tak jadi imam...

Unknown said...

Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
angka yang diberikan MBAH SERO kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel 2d 3d 4d mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.