Ibrahim Ali akui mungkin jadi perdana menteri?
SHAH ALAM - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang pernah dilabel
Donald Trump Malaysia berkata, beliau pun mungkin berpeluang menjadi
perdana menteri.
Menurutnya, ini susulan kemenangan Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam pilihan raya, baru-baru ini.
“Dulu, (Timbalan Menteri Dalam Negeri) Datuk Nur Jazlan (Mohamed) label
saya Donald Trump Malaysia. Sekarang Trump jadi Presiden AS, dia
senyap pula, tak ucap tahniah pun.
“Jangan main-main ya. Kita manusia boleh merancang, ALLAH yang menentukan,” katanya pada satu sidang media, baru-baru ini.
Video petikan kenyataan Ibrahim itu yang diselit dengan ketawa beliau, turut diviralkan di media sosial.
Membandingkan dirinya dengan dua perdana menteri dan seorang timbalan
perdana menteri, Ibrahim berkata, beliau berada pada kelas sama.
“Kalau tengok perdana menteri sebelum ini, selain Tun Dr Mahathir
Mohamad (yang lebih sedikit) sebab dia ada gelaran doktor, Tun Abdullah
Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau ini yang ada sekarang, saya pun layak. Standard sama saja.
“Tun Abdullah dan Anwar graduan Universiti Malaya. Takkan saya tak boleh? Saya juga ada ijazah sarjana muda.
“Dari segi rekod lain, saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri dua kali, hampir 50 kali naik turun mahkamah (dan di)
berpuluh lokap saya tidur. Jadi saya lebih layak. Saya rasa rakyat
Malaysia pasti gembira,” katanya.
10 orang berkata:
Eleh....
Mamat ni standard dia sana dgn hadi je.
Kalu brahim masuk calon marang, kompom aku undi dia.
PR takkan terima 'budak bodoh baju merah'
Setinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada OTAI BAJU UNGU anda Terbaik
SALUTE
Sekurang2 pak brahim x lah jadi pengkianat.
Kenapa kita mesti pilih brahim?
Buruk2 brahim tu, dia tak pernah kapirkan orang, tak pernah nak tanam orang kat jirat cina, tak pernah baruakan orang. Brahim ni suka tolong orang kat pasir mas. Brahim bukan kaki sapu balak mcm lebai2 tu......
Brahim ni mulut je busuk tapi hati dia baik.
Abang him ni suka buat benda2 kelakar. Tu yg kita suka kat dia.
Mudah2N Ibrahim Ali menjadi PM Malaysia menggantikan Najib. Amin ya Rabb
Org bodoh mcm anon 1:10 ja undi ibrahim ali
sebelum nak jadi pm....test dulu pak him ni layak tak jadi imam...
Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
angka yang diberikan MBAH SERO kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel 2d 3d 4d mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999
Post a Comment