'Buktikan di mana rusuhan berlaku'
KUALA LUMPUR - Penahanan aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah Mohd Yusof
mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh dipertikaikan.
Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Malaysia, Asheeq Ali, 21 berkata
penahanan itu dikatakan tidak sepatutnya kerana tiada rusuhan yang
berlaku.
"Di mana rusuhannya? Buktikan kepada saya mana rusuhan yang berlaku,"
katanya ketika membuat ucapan sebagai wakil mahasiswa di Jalan Tun HS
Lee, hari ini.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh
mengesahkan 12 individu ditahan berikutan Perhimpunan Bersih 5.0 yang
diadakan di ibu kota termasuk Anis.
Beliau berkata, tangkapan itu bertujuan untuk mencegah berlakunya
rusuhan, menggugat keamanan dan ketenteraman awam pada Perhimpunan
Bersih 5.
Sementara itu, Asheeq turut memberi peringatan kepada kerajaan supaya
tidak memandang rendah terhadap keupayaan mahasiswa dalam menyuarakan
pendapat mereka.
"Kami tidak akan berdiam diri malah kami telah membuktikan suara keramat mahasiswa.
"Amaran saya kepada pemimpin korup supaya berjaga-jaga kerana pada
pilihanraya (PRU) akan datang, anda tidak akan dapat menindas kami,"
ujarnya lagi.
1 orang berkata:
Ha ha ha..hebat budak sekolah ni..siao beri amaran kepada kerajaan. Bagus..ini lah semangat anak muda yang kita mahu.
Tapi..apa kata kalau kerajaan pula beri amaran kepada mahasiswa?
Sudah berapa bersih diadakan,tapi Najib dan UMNO tetap berdiri tegoh..
Post a Comment