Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHASISWA BERI AMARAN KEPADA KERAJAAN

'Buktikan di mana rusuhan berlaku'
 'Buktikan di mana rusuhan berlaku'

KUALA LUMPUR - Penahanan aktivis mahasiswa, Anis Syafiqah Mohd Yusof mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh dipertikaikan.

Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Malaysia, Asheeq Ali, 21 berkata penahanan itu dikatakan tidak sepatutnya kerana tiada rusuhan yang berlaku.

"Di mana rusuhannya? Buktikan kepada saya mana rusuhan yang berlaku," katanya ketika membuat ucapan sebagai wakil mahasiswa di Jalan Tun HS Lee, hari ini.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan 12 individu ditahan berikutan Perhimpunan Bersih 5.0 yang diadakan di ibu kota termasuk Anis.

Beliau berkata, tangkapan itu bertujuan untuk mencegah berlakunya rusuhan, menggugat keamanan dan ketenteraman awam pada Perhimpunan Bersih 5.

Sementara itu, Asheeq turut memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak memandang rendah terhadap keupayaan mahasiswa dalam menyuarakan pendapat mereka.

"Kami tidak akan berdiam diri malah kami telah membuktikan suara keramat mahasiswa.

"Amaran saya kepada pemimpin korup supaya berjaga-jaga kerana pada pilihanraya (PRU) akan datang, anda tidak akan dapat menindas kami," ujarnya lagi.

1 orang berkata:

Unknown said...

Ha ha ha..hebat budak sekolah ni..siao beri amaran kepada kerajaan. Bagus..ini lah semangat anak muda yang kita mahu.
Tapi..apa kata kalau kerajaan pula beri amaran kepada mahasiswa?
Sudah berapa bersih diadakan,tapi Najib dan UMNO tetap berdiri tegoh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.