Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mula ganas ?

Baling botol kepada polis, kena peserta lain
Baling botol kepada polis, kena peserta lain
Peserta demonstrasi yang berhimpunan di pejabat Malaysiakini.

PETALING JAYA - Cubaan membaling botol air ke arah pihak polis oleh peserta himpunan baju merah di pejabat Malaysiakini hari ini gagal, sebaliknya ia terkena peserta lain dalam himpunan itu.

Tindakan itu kemudiannya mendapat amaran daripada pasukan polis yang mengawal perimeter pejabat Malaysiakini.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berikutan pelakunya tidak dapat dikesan.

Ratusan peserta gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkumpul mengadakan bantahan di pejabat Malaysiakini, di sini, hari ini.

Difahamkan, bantahan itu dibuat terhadap aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Pihak polis dari ibu pejabat daerah Petaling Jaya dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah ditempatkan di sekitar kawasan itu.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Demonstrasi bukan amalan umno. Ini pengaruh demonstrasi bersih sejak dulu yg dipelopori pas, dap dan pkr. Siapa tak kenal pendemo unit amal yg kononnya bersih??

Sekarang pak karamu nak sibuk2 pulak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.