Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUNGKIN BERSIH 5 DIBATALKAN ?

PKR fail usul bahas mengenai provokasi Baju Merah
Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin  dari PKR memfailkan usul kepada Dewan Rakyat bagi membincangkan tentang provokasi melampau oleh kumpulan baju merah. 

"Saya mohon kepada Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan usul di bawah mesyuarat 18(1), disegerakan perbincangan kerana kumpulan baju merah menggugat keselamatan dan ketenteraman awam,"katanya.

Shamsul juga mendesak parlimen untuk memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ekoran pasukannya lambat mengambil tindakan terhadap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos, yang akhirnya menyebabkan kacau bilau dan mengancam ketenteraman awam. 

"Terbaru Jamal telah membuat satu laporan polis palsu kononnya dipukul oleh penyokong Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, tetapi terdapat video beliau sendiri menjerit polis yang memukulnya.

"Saya mendesak agar Ketua Polis Negara bertindak segera terhadap individu ini,"katanya.

Shamsul berkata, provokasi melampau juga dicetuskan Jamal dan penyokong sehingga bertindak ganas terhadap kumpulan yang menuntut pilihanraya bersih, dan adil, iaitu Bersih. 

"Provokasi yang dimulakan oleh kumpulan baju merah menyebabkan peserta konvoi Bersih diganggu malah ada yang cedera. Tindakan seperti itu jelas mengancam hak berhimpun secara aman yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,"katanya.

Dakwa Shamsul lagi, Jamal sudah beberapa kali melemparkan ugutan kepada Bersih yang secara jelas merupakan jenayah. Namun, tiada satu tindakan yang diambil oleh polis terhadap ugutan yang dibuat Jamal.

"Kenyataan Tan Sri Khalid yang hanya berdiam diri dan mengambil sikap tunggu dan lihat amatlah mengecewakan orang ramai, lebih-lebih lagi tiada tindakan yang dibuat, seolah-olah Jamal kebal daripada sebarang tindakan undang-undang,"katanya.

Shamsul berkata, diharapkan usul ini mampu mencapai satu keputusan untuk mengatasi kumpulan baju merah yang akhir-akhir ini sering menimbulkan provokasi sehingga mengganggu keselamatan negara.

"Memandangkan isu ini berkait dengan masalah kepentingan awam, ia perlu dibahaskan, lagipun tindakan kumpulan baju merah bertentangan dengan amalan demokrasi negara,"katanya.

Usul yang dikemukakan Shamsul telah diterima oleh pejabat Yang dipertua Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, tepat jam 9.55 pagi, hari ini. 

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.