PAS BOLEH BERUNDING DENGAN SESIAPA SAHAJA MELAINKAN DENGAN DAP DAN PAN, DUA-DUA PARTI INI JANGAN MENYEBUK, JANGAN TUNJUK MUKA KEPADA PAS, SUDAH BANYAK MAKI HAMUN DILUAHKAN PADA PAS, DAH BANYAK PENIPUAN MEREKA LAKUKAN TERHADAP PAS, TETIBA BILA DENGAN PRU 14 DAH HAMPIR MEREKA MULA NAK BERBAIK ?, AMPUUUUUN ! TOBAT LAHUUUUM !!! PAS BUKAN PARTI TEPI JALAN !!!! -- Pak Karamu
Harapan PKR, Amanah kepada Pas
SATU lawan satu. Itu hajat, juga keyakinan sekalian pemimpin pembangkang sebagai laluan untuk mereka tumbangkan BN pada PRU14.
Bagaimanapun keengganan Pas untuk bekerjasama terutama dengan DAP dan
Amanah telah jadi halangan awal untuk konsep itu direalisasikan sekali
gus menjejaskan peluang untuk pembangkang menjamah hidangan yang bagi
mereka sudah tersedia di hadapan mata ini.
Bagaimanapun kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pada 31 Oktober
bahawa parti itu sedia untuk berbincang mengenai satu lawan satu seakan
memberi nafas baharu kepada pakatan pembangkang.
Ikuti reaksi Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Ahli
Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul sebagaimana dinyatakan
kepada Wartawan Sinar Harian, MUHAMAD MAT YAKIM
Satu lawan satu. Itu hajat, juga keyakinan sekalian pemimpin pembangkang sebagai laluan untuk mereka tumbangkan BN pada PRU14.
Bagaimanapun keengganan Pas untuk bekerjasama terutama dengan DAP dan
Amanah telah jadi halangan awal untuk konsep itu direalisasikan sekali
gus menjejaskan peluang untuk pembangkang menjamah hidangan yang bagi
mereka sudah tersedia di hadapan mata ini.
Bagaimanapun kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pada 31 Oktober
bahawa parti itu sedia untuk berbincang mengenai satu lawan satu seakan
memberi nafas baharu kepada pakatan pembangkang. Ikuti reaksi Pengarah
Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat
PKR, Datuk Johari Abdul sebagaimana dinyatakan kepada Wartawan Sinar
Harian, MUHAMAD MAT YAKIM.
Bagaimana saudara terima kenyataan Mursyidul Am Pas mengenai satu lawan satu?
Ini antara isu yang jadi pencetus perpecahan dalam Pas hingga membawa
kepada tertubuhnya Amanah. Kumpulan yang akhirnya membentuk Amanah itu
telah menyatakan bahawa kita perlu bekerjasama (dengan parti-parti
pembangkang lain termasuk DAP), dengan semua pihak, Islam dan bukan
Islam.
Itulah dasar common policy framework. Mana-mana perkara yang kita tidak
boleh dipersetujui bersama, kita letak tepi dahulu, kita tidak masukkan
dalam dasar bersama.
Dasar bersama ini ialah apabila memerintah, kita mahu membentuk
keadaan negara yang lebih baik daripada sedia ada, lebih terbuka, lebih
demokratik, lebih berkesan dalam membawa kesejahteraan pada kehidupan
rakyat serta menunjukkan contoh pemerintahan yang baik (good governance)
sebagai ikutan umat Islam.
Tetapi kita tidak dihalang untuk membawa (perkara-perkara yang tidak
termasuk dalam persetujuan bersama) atas nama parti sendiri. Ia adalah
atas nama parti, bukan atas nama jawatan yang kita menang sebagai wakil
pakatan.
Jangan kita salah guna kemenangan yang kita capai atas dasar-dasar yang
dipersetujui bersama. Tidak bolehlah setelah menang, kita tiba-tiba nak
bawa cara lain pula. Ini yang menyebabkan PR berpecah dulu.
Yakin Pas telah berubah?
Ketika mula-mula berpecah, Pas menunjukkan sikap yang begitu sikap
keras, tidak mahu bekerjasama, tutup pintu dan tidak boleh runding.
Bagaimanapun sekarang saya nampak mereka pun sudah memahami bahawa
realiti politik sekarang sudah berbeza dan memerlukan pakatan.
Mungkin Pas sudah sedar akan implikasi bersendirian, jika berlaku
pertandingan tiga penjuru dan sebagainya. Kalau nak dikira pada
bercakap, memanglah senang tetapi kalau BN juga yang menang, apa yang
kita boleh buat?
Akan tertutuplah laluan untuk kita bertemu masyarakat, berikan mereka
kefahaman mengenai apa yang kita perjuangkan sebagai contoh kepimpinan.
Tetapi saya sambut ini sebagai tanda perubahan (pada Pas). Yang penting
mereka sedia nak bincang. Soal syarat tidak mengapa, itu sebagai
permulaan. Saya kira mereka berada pada perubahan arah yang betul.
Mudah-mudahan nanti akan datang kesedaran sebelum pilihan raya supaya
kita boleh betul-betul satu lawan satu menerusi gabungan pembangkang
yang kukuh dan mantap. Yang penting adalah untuk kita dapat tumpukan
perhatian dan usaha tewaskan Umno/ BN.
Sudah ada perbincangan mengenai perkara itu dalam Amanah?
Tidak ada, sebab dari dulu dasar kita (Amanah) terbuka. Kita tidak
berubah, yang berubah adalah Pas. Kita sentiasa menggalakkan mereka
untuk datang lebih rapat. Kenyataan mengenai prinsip keterbukaan kita
sentiasa diulang kerana kita tahu rakyat inginkan perubahan (kerajaan).
Kita juga tahu rakyat sudah fed up dengan Umno/ BN. Keadaan negara kita
semakin merisaukan. Ini termasuk hubungan perniagaan dengan China yang
mencurigakan. Perdana Menteri yang tidak ada kekuatan, mungkin akan
bersetuju dengan apa sahaja yang ditawarkan oleh Kerajaan China.
Kerana itu, kita perlu kalahkan BN pada PRU14. Tidak ada cara selain
satu lawan satu. Pas dipelawa (untuk bersama PH) demi kebaikan parti itu
sendiri juga supaya nanti ia tidak terpinggir dan tercatit dalam
sejarah sebagai parti yang jadi punca Umno/ BN terus memerintah. Ini
sebab kita mahu Pas bersama dalam pakatan pembangkang.
Isu besar ialah pembahagian kerusi. Bagaimana Amanah sedia untuk hadapi kesukaran yang sudah dijangka ini?
Penting untuk kita semua sedar bahawa dalam isu kerusi (pilihan raya),
kita jangan anggap seolah-olah kerusi itu hak milik mutlak kita. Ia
bergantung pada suasana politik semasa, bergantung perubahan yang
berlaku.
Ini memerlukan kita bersikap realistik dan fleksibel. Soal kekuatan dan
di mana kita bertanding (kerusi) adalah dua perkara yang berbeza. Parti
kita mungkin ada banyak cawangan dalam sesuatu kawasan dan ini
menyebabkan kita berasa parti kita cukup kuat.
Dengan itu, bagi kita, parti kitalah yang paling layak bertanding
walhal yang sebenarnya, untuk menang pilihan raya, kita tidak boleh
berfikir dengan cara itu. Kita tidak boleh berfikir bahawa kalau kita
tidak bertanding, kita rugi.
Untuk menang pilihan raya perlu ada wawasan politik jangka panjang.
Jadi kita jangan ambil pendekatan secara jangka pendek. Apabila kita
beri laluan untuk parti lain bertanding di kawasan kita atas sebab-sebab
yang perlu mengikut keputusan pimpinan pakatan, kita kena sokong dan
begitu juga di kawasan di mana calon parti kita yang dipilih untuk
bertanding.
Kita sokong calon mereka, mereka akan sokong calon kita pula di tempat
itu. Begitulah permuafakatan yang seharusnya berlaku dalam pakatan.
Inilah yang akan membawa kemenangan kepada gabungan pembangkang di bawah
konsep satu lawan satu.
Jangan kita fikir, kalau parti atau calon kita tidak diberi ruang untuk
bertanding, kita tak nak beri kerjasama, susahlah kalau kita bersikap
macam itu.
Sepatutnya kenalah beri laluan kerana kita nak kekuatan yang datangnya
daripada Amanah, PKR, Bersatu dan DAP. Kalau kita daripada Pas, kita nak
bersama kalahkan Umno/BN. Itu yang terpenting. Kita nak undi untuk
kita bersatu.
Peluang pembangkang pada PRU14?
Umno sudah berpecah dan ini adalah peluang terbaik untuk kita bawa
perubahan dalam kepimpinan negara. Mengapa saya kata ini peluang
terbaik?
Sebabnya, sekarang kita mempunyai barisan kepimpinan pembangkang Melayu
yang terbaik dalam sejarah. Kita ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (yang punya banyak
pengalaman dalam kerajaan) serta pemimpin-pemimpin lain daripada Amanah,
PKR dan Bersatu.
Malah daripada Amanah, kita ada dua bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama
Malaysia iaitu Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Ini
barisan yang mantap dan cukup untuk beri keyakinan kepada masyarakat
dalam usaha kita untuk mengambil alih kepimpinan negara.
Tetapi untuk pembangkang diterima, kita dengan Pas tak boleh berpecah.
Perpecahan akan menyebabkan kita tak boleh nak ganti Umno/BN.
Apa yang saya paling khuatir ialah Pas anggap BN lebih baik daripada
pembangkang. Kalau Pas berpendirian begitu atas sebab dominasi Melayu/
Islam ataupun sebab-sebab lain, maka ianya akan jadi masalah!
Dalam hal ini, saya kira wawasan politik Presiden Pas perlu
diperjelaskan. Kalau dia letak syarat dominasi Melayu/ Islam
(sebagaimana Umno dalam BN) maka begitu juga Pas dalam pakatan
pembangkang (mesti dominan) sebagai syarat untuk bekerjasama, jika itu
sikapnya, amat malanglah.
Ini bukanlah perkara yang wajar untuk kita tuntut tetapi kita kena
usahakan. Sekarang ini, nak dapatkan kepimpinan dalam gabungan
pembangkang termasuklah Datuk Seri Anwar, Tun Mahathir, Tan Sri
Muhyiddin, semua berusaha untuk kepimpinan masing-masing diterima dalam
saf yang paling terkehadapan. Itu caranya, bukan dengan meletak syarat
(seperti Pas).
Saudara dilihat seperti masih ada rasa yang terbuku terhadap Pas. Tidakkah ini jadi halangan untuk berbincang?
Saya sebenarnya hendak mengingatkan bahawa dalam kepimpinan, kita perlu
berjiwa besar, kena ada keanjalan sikap dan realistik, juga memahami
realiti masyarakat. Yang terpenting ialah kita kena faham bahawa
kepimpinan tidak boleh dituntut.
Tidak boleh kata, nak bersatu, mesti Pas yang memimpin. Hendak diterima
sebagai pemimpin, mestilah masyarakat yang menerima kepimpinan kita
hasil daripada perjuangan dan pengorbanan yang kita bawa, pemikiran yang
jelas serta wawasan kita yang memberikan manfaat kepada orang yang
dipimpin.
Itu barulah orang terima kepimpinan kita. Kita tidak boleh meletak
kepimpinan sebagai sesuatu yang harus jadi milik kita, hak kita dan
orang lain kena jadi pengikut sahaja. Cara pendekatan yang seperti itu,
kita kena fikirkan semula.
Dahulu, dalam PR walaupun disebut Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana
Menteri (jika PR dapat memerintah), kedudukan Pas pada ketika itu cukup
strategik. Kita yang mencorakkan pemikiran, misalnya konsep Negara
Berkebajikan.
Idea itu datang daripada Pas. Walaupun orang nampak seolah-olah bukan
kita tetapi sebenarnya kita (Pas) yang memimpin (pakatan). Mursyidul Am
Pas, Tok Guru Nik Aziz begitu dihormati dan disanjung oleh semua
pemimpin dan ahli pakatan pembangkang.
Itu bukan kita yang tuntut atau letak sebagai syarat. Itulah yang kita
kena faham bahawa dalam soal kepimpinan, kita tak boleh tuntut atau
anggap diri kita layak tetapi orang yang menilai dan meletak kita di
tempat itu. Ini yang saya rasa Pas ada sedikit masalah.
Dengan pendekatan yang saya boleh kira agak keras, menuntut kepimpinan
dan meletak syarat kepimpinan mereka diterima sebelum sedia untuk
bersatu atau bekerjasama, ini merupakan satu perkara yang tidak boleh
dilaksanakan sekarang ini dan ianya pun bukanlah cara Rasulullah SAW
pada pandangan saya. Bagaimanapun, hal ini masih boleh dibincangkan.
Sidang Dun Kelantan minggu lalu memperlihatkan perbalahan yang
berterusan antara Datuk Husam Musa dengan pimpinan Kerajaan Pas. Ini
sudah pasti akan jadi ‘duri dalam daging’ untuk mencapai hasrat satu
lawan satu, terutama di Kelantan.
Berkaitan dengan Datuk Husam, saya nak cadangkan kepada pimpinan
Kerajaan Pas Kelantan supaya panggil dia ajak bincang elok-elok. Kalau
ada kelemahan yang kita nak tutup, nak ditimbulkan dalam Dewan, itulah
akibatnya.
Sikap bermusuhan dengan Amanah tidak menguntungkan sesiapa. Kalau tak
dipanggil untuk bincang buat satu gabungan Pas dengan Amanah, dengan PKR
dan Bersatu di Kelantan, dan kamu (sengaja) tak beri kepada ruang
kepada pihak lain, sudah pasti dia akan terpaksa berusaha untuk
datangkan ruang kepada dirinya sendiri.
Ini kerana dia sendiri pun nak hidup juga. Dia juga ada wawasan
perjuangan dan nak beri sumbangan kepada negeri, negara dan masyarakat.
Itu takkan kita boleh nak halang?
Konvensyen PH yang akan diadakan pada 12 November pun kita jemput sama
Bersatu, Pas untuk bersama sebab kita percaya apa yang sedang kita
uruskan adalah maslahah (kepentingan) rakyat, bukan maslahah pemimpin
parti. Kalau maslahah rakyat, maka rakyat perlu diberikan ruang untuk
menyuarakan pendapat mereka dan kalau rata-rata rakyat mahu satu lawan
satu, kita mesti usahakan ke arah itu. Adapun jika kita ada apa-apa
masalah (sesama kita), perbezaan pendapat dan sebagainya, itu kita
uruskanlah dalam kalangan kita.
Agak Datuk berapa peratus peluang untuk pembangkang ambil balik kerajaan negeri Kedah?
100 peratus. Solid. Saya boleh kata kita sedang tunggu saja untuk
amblil balik. Insya-ALLAH. 100 peratus. Solid. Saya amat yakin kita akan
mampu selesaikan masalah perbezaan pendapat antara pimpinan tetapi kita
mesti bercakap pasal isu rakyat, bukan isu pimpinan. Pemimpin boleh
datang dan pergi tetapi rakyat nak pergi ke mana? Mereka akan tetap di
situ.
Dulu Dr Mahathir perdana menteri, hari ini Najib. Sebelum ini, Husni
Hanadzlah menteri kewangan, hari ini Johari Abdul Ghani. Pemimpin datang
dan pergi, rakyat tetap di situ. Jadi tak dapat tidak, kita mesti
utamakan rakyat berbanding hal-hal percanggahan, perbezaan pendapat atau
pendekatan sesama pemimpin.
Yang kita dok berkelahi (bertelagah) sebab ada pemimpin yang berasa
dirinya semi-god. Kalu dia tak ada, negara akan hancur. Itu yang tidak
boleh. Kita pun bukan nak berumur panjang sampai 300 tahun. Umur kita
setakat 70 tahun sahaja.
Saudara tengok di Syria, apa masalah mereka? Pemimpin! Yang menanggung
azab sengsara perang, rakyat. Berjuta orang jadi mangsa. Itulah
kedurjanaan pemimpin di atas menyebabkan rakyat menderita.
Tetapi kita janganlah sampai ke tahap itu. Kalau sudah jadi begitu,
sudah terlalu sukar nak dipulihkan. Tak perlu tengok sampai BN, cukup
dalam barisan pembangkang, apa yang kita boleh ubah, kita kena ubah.
rakyat?
Dalam satu ucapan, saya kata negara hancur bukan kerana rakyat tetapi
pemimpin. Begitu juga parti-parti politik, bukan kerana ahli tetapi
kerana pemimpin. Saya yakin kalau kita sebagai pemimpin mempunyai
prinsip yang begitu, banyak masalah akan selesai. Jadi tidak boleh
kerana personaliti kita, kita buat sesuatu keputusan yang tidak
menguntungkan rakyat. Bagi saya, itu tidak kena. Rakyat tak tahu apa
yang berlaku di atas.
Bagaimana pula dengan syarat Pas, satunya Islam mesti dominan
dalam pakatan, barulah mereka akan bersetuju untuk satu lawan satu?
Bagi saya, itu semua hal teknikal sajalah. Prinsipnya apa? Satu lawan
satu. Yang lainlain itu, ‘pasu bunga’ saja, kita boleh bincang.
Memanglah kita tubuh parti pun adalah kerana ada prinsip-prinsip kita
yang kita nak perjuangkan, nak juarai dalam ruang lingkup yang
dibenarkan demokrasi. Kita ada banyak parti, masing-masing ada arah tuju
perjuangan yang tersendiri.
Tidak mengapalah, asalkan kita berjuang dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang, itu semua tak jadi masalah.
Dalam konteks ini, tentulah setiap parti masing-masing akan cuba
menonjolkan merekalah yang terbaik. Apapun, bagi saya orang yang di atas
bukanlah uang paling penting.
Pemimpin hanyalah seumpama pemandu tetapi yang lebih penting adalah
komponen yang ada dalam parti itu, iaitu ahli atau rakyat. Satu lagi,
arah tuju mestilah jelas. Kalau pemandu pun tak tahu nak bawa ke mana,
itu sangat bahaya!
Adakah dalam PKR sudah ada perbincangan mengenai perkara itu?
Di peringkat kita, sebelum keluar kenyataan Mursyidul Am Pas itu lagi
pun kita sudah bergerak. Arahan daripada pimpinan PKR yang sudah keluar
lapan bulan lalu adalah jelas iaitu supaya perbincangan dilakukan.
Di Kedah, sudah banyak kali perbincangan kita buat, dengan Bersatu,
dengan Pas. Walaupun ada perbincangan, kita tak putuskan apaapa kerana
masing-masing ada hierarki dan mereka yang paling layak untuk buat
keputusan. Apa yang saya nak maklumkan bahawa jambatan sudah ada,
komunikasi sudahpun berlaku.
Itu yang kita tidak mahu tutup seperti yang disebut oleh Presiden Pas
bahawa mereka sudah buka pintu. Apabila pintu sudah dibuka, bolehlah
kita masuk. Hal adab-adab yang kita kena patuhi, itu cerita lainlah.
Yang penting kita sudah boleh masuk dan berbincang (dengan Pas).
Di peringkat akar umbi, bagaimana Datuk jangka respons mereka?
Saudara mungkin terkejut kalau saya katakan bahawa di Kedah sebenarnya
persediaan untuk satu lawan satu ini sebenarnya lebih daripada apa yang
kita boleh lihat di peringkat nasional. Dalam kata lain, masing-masing
parti lebih bersedia untuk satu lawan satu dan juga untuk duduk
berbincang di Kedah berbanding negeri-negeri lain, malah jika
dibandingkan dengan di peringkat Pusat pun.
Sebab apa? Sebab kita pernah ada pengalaman memerintah di Kedah dan
ketika itu, rakyat mendapat hak mereka lebih daripada apa yang mereka
dapat ketika di bawah pemerintahan BN.
Di bawah BN sekarang, banyak yang mereka pernah dapat dahulu sudah
hilang jadi mereka berharap untuk kembali seperti kita memerintah
dahulu. Walaupun Ustaz (Allahyarham Tan Sri) Azizan (Abdul Razak)
dilihat sebagai seorang menteri besar yang agak tegas dalam beberapa hal
tetapi penyertaan rakyat agak jelas.
Sekarang penyertaan seperti itu tidak berlaku. Saya boleh katakan di Kedah, kebanyakan pimpinan akar umbi mahu satu lawan satu.
Setiap kali saya turun jumpa akar umbi, mereka selalu tanya, “Datuk, boleh tak tolong selesai hal ni dengan orang atas?”
Ini daripada orang Pas sendiri. Sebabnya adalah kerana hubungan yang
sangat mesra. Ini bukan baru, bukan baru kenal tetapi dari 1998 lagi.
Itu yang saya katakan, saya lebih berminat nak selesaikan masalah rakyat
daripada masalah pimpinan.
Kalau nak ajak berbincang antara parti pun, kalau halnya berkaitan
rakyat, ok tetapi kalau hal pemimpin, bagi saya no point. Sebabnya kalau
kita bercakap hal pimpinan, kamu akan letak kepentingan kamu,
pertahankan kepentingan kamu atau kumpulan kamu.
Lagi baik kita bercakap pasal rakyat. Saya dan kamu sebagai pemimpin,
apa kita nak buat (untuk rakyat)? Kita masing-masing bawa keluar idea
dan duduk bersama berbincang apa kita nak buat untuk rakyat.
1 orang berkata:
baru sedar bahawa selama ni bahawa PASD memang bodoh dan bolih dipermainkan.kah.kah.kah.rupanya peminpin Pas bodoh selama ni termasuk kepala bapak karmu ni.
Post a Comment