Bersih 5: Pas tidak akan terperangkap
KOTA BHARU - Pas tidak akan termakan perangkap yang mahu parti Islam
itu menyertai Bersih 5, sekalipun untuk membuktikan kesungguhan dalam
kerjasama bersama pembangkang PRU14 nanti.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun Pas
bersedia berbincang mengenai kerjasama satu lawan satu, namun keputusan
untuk tidak menyertai Bersih tetap tidak akan berubah.
“Kita sudah beritahu sebelum ini kita tidak akan sertai Bersih. Jangan
perangkap kita kononnya kalau nak bersatu, kena sertai Bersih.
"Tidak, kita tidak akan sertai Bersih,” katanya kepada Sinar Harian
selepas menyampaikan kuliah sesi kedua di Medan Ilmu, di sini.
Terdahulu beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi
Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa
mencabar Pas menyertai Bersih 5 jika parti itu serius untuk mengadakan
kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU nanti.
Tuan Ibrahim berkata, pihaknya juga telah mengeluarkan ketetapan yang jentera Pas tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.
Beliau berkata, walaupun Pas menyokong beberapa tuntutan yang dibuat
Bersih, namun parti itu mempunyai agenda yang lebih besar yang perlu
difokus kini.
“Kita mahu tukar sistem, bukan sekadar tukar orang. Bagi kita, agenda yang selaras dengan dasar parti kita, kita akan sokong.
"Kita ucapkan terima kasih kerana buat tuntutan tersebut dan Pas kini
sedang fokus untuk membuat perubahan melalui sistem demokrasi,” katanya.
4 orang berkata:
Sah umnos
Maknanya pas tak akan bergabung dgn ph dan bersatu la tu.
Alhamdulillah.
Sbb pas memang kaki mungkir janji.
Pas memang akan bantu umno jika umno kalah pru 14 nanti.
Jgn bersama dgn pas biar lawan 3 penjuru di Kelantan.
Bahaya pas duri dlm daging yg telah dikencingkan.
Strategi bn/umno mempergunakan pas utk berbaik semula dgn Pakatan. Jika Pru 14, bn/umno kalah pas akan keluar dan bertindak menjadi wakil bebas yg pro bn/umno.
Ini telah dirancang. Broker sudah dilantik utk memancing katak2 ini.
Post a Comment