Ambiga: Tidak adil Maria ditahan mengikut Sosma
KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga membantah penahanan
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengikut Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Bantahan itu disuarakannya dalam himpunan Bersih 5.0 di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), di sini, hari ini.
Menurutnya, penahanan beliau (Maria) mengikut Sosma adalah tidak wajar.
"Adilkah perkara ini? Bolehkah kita terima situasi seperti ini?
"Hari ini, kita akan buat apa sahaja dan yakin bahawa dia (Maria) akan bebas nanti! ," katanya.
Beliau menjelaskan, Bersih perjuangkan kebenaran dan beliau sendiri
tidak faham mengapa mereka (kerajaan) takut sangat dengan Bersih.
Jelasnya, mengapa kerajaan menyorokkan kebenaran!
"Adakah perjuangan kita semua ini palsu? Tidak.. perjuangan kita adalah benar.
"Ada kumpulan cuba 'lumpuhkan' Bersih, tapi gagal. Siapa yang berjaya?
Bersih berjaya...kerana semangat kita semua di sini," tegasnya.
Perhimpunan berkenaan berakhir kira-kira jam 6 petang tadi.
1 orang berkata:
Gi mampoooosss pas
Post a Comment