SHAH ALAM - Polis hari ini menjalankan beberapa tangkapan menjelang perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah esok melibatkan pelbagai pihak, termasuk aktivis dan ahli politik.

Antara yang telah ditahan adalah Pengerusi dan aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah serta Mandeep Singh Karpal Singh.

Kedua-dua individu tersebut ditahan polis di Pejabat Bersih petang tadi.

Perkara ini disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.


Sementara itu, menurut, bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga dalam Twitternya, selain Maria Chin dan Mandeep Singh, pemimpin lain yang juga ditahan adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; bekas Exco Selangor, Ronnie Liu dan pemimpin parti PSM, S Arutchelvan.

Turut ditahan adalah dua aktivis, Luqman Nul Hakim Zul Razali dan Anis Syafiqah serta dua ahli DAP, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.