Himpunan Bersih 5: 9 kini telah ditahan polis
SHAH ALAM - Polis hari ini menjalankan beberapa tangkapan menjelang
perhimpunan Bersih 5 dan Baju Merah esok melibatkan pelbagai pihak,
termasuk aktivis dan ahli politik.
Antara yang telah ditahan adalah Pengerusi dan aktivis Bersih, Maria Chin Abdullah serta Mandeep Singh Karpal Singh.
Kedua-dua individu tersebut ditahan polis di Pejabat Bersih petang tadi.
Perkara ini disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.
[ARTIKEL BERKAITAN: Maria Chin, Mandeep Singh ditahan polis]
Sementara itu, menurut, bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga dalam
Twitternya, selain Maria Chin dan Mandeep Singh, pemimpin lain yang juga
ditahan adalah Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; bekas Exco
Selangor, Ronnie Liu dan pemimpin parti PSM, S Arutchelvan.
Turut ditahan adalah dua aktivis, Luqman Nul Hakim Zul Razali dan Anis
Syafiqah serta dua ahli DAP, Jimmy Wong dan Lee Khai Ming.
3 orang berkata:
Walaon2 jadilah spt lembu dicucuk hidung. Lebai tn guru hj dol pegang tali.
Tahniah
Kalu kita memang dizalimi oleh sesiapa saja, jgnlah bersifat dayus. Kalau kita tahu kemungkaran sedang berjalan, halanglah. Ia menjadi kewajipan kita. Selemah2nya halanglah dgn hati.
Menghalang kezaliman dan kemungkaran tidak boleh hanya dgn berjimak.
Murabbi pas - 2007/2008
Ko sakit hati pasai apa.. dah jadi tentera sorosss.. tanggung lah sendiri..
Post a Comment