'Saya tak tahu muktamar dibuat hujung bulan ini’
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, mengaku
tidak dimaklumkan tentang Muktamar Tahunan Pas ke-64 yang dijadualkan
berlangsung 28 April hingga 1 Mei ini.
Menurutnya, beliau masih beranggapan muktamar tahun ini akan berlangsung pada Jun ini.
“Bila muktamar? Lambat lagi. Bulan enam selalunya muktamar.
"Saya tidak tahu. Saya tidak ada makluman,” katanya kepada media di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Bekas Naib Presiden Pas itu bagaimanapun mengaku beliau masih lagi ahli
Pas dan menegaskan hanya akan hadir muktamar pada Jun ini.
“Bulan enam saya akan hadir. Yang lain saya tidak tahu, mana ada?," katanya.
Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan
pemimpin Pas malah beliau juga sering dilihat berada sepentas dengan
Bersatu dan Amanah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mahfuz diminta letak jawatan, sertai parti lain]
Ekoran itu, beliau turut menerima desakan agar meletak jawatan dan
menyertai parti lain daripada terus menjadi 'duri dalam daging' dan
mempergunakan jawatannya untuk mengkritik Pas.
Muktamar Pas kali ini akan diadakan di Kompleks Pas, Alor Setar, Kedah.
Persidangan itu akan menentukan hala tuju parti Islam itu dan persiapan
ke arah PRU14. Ia akan dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang.
6 orang berkata:
Tahniah kpd hadi kerana memudahkan kerja2 kami. Tq. Nandri. Toceh.
Pas pis pus
Kpd tn guru hj hadi:
Orang dah bagi peluang. Kalau bentang tu buat betol2 jangan setengah masak. Jangan gagap2. Steady. Suara mestilah penuh yakin. Jawapan mesti fasih dan meyakinkan. Wacana mesti hebat. Patahkan hujah dan serangan. Idea lontarkan sebijik2. Biar semua faham. Biar semua jelas. Biar semua tunduk lemah dan mengaku kalah. Allahu Akbar.
Nanti bila Mahfuz keluar PAS di katakan pulak ' Pengkhianat ' & macam2 . Pak2 Lebai ni sejak nak membenarkan langkah mereka utk berkawan dengan UMNO semua orang yg bersetuju semuanya x betul ......
Umno yg tak nak bentang ruu, mat sabu jugak yg kena maki.
Mca yg tak setuju menteri umno bentang ruu, mazfuz pulak yg kena halau.
Saja.
Mulut dah biasa maki orang. Kalu tak maki hati tak tenteram.
شركة تنظيف مسابح بالرياض
تنظيف مسابح
شركة تنظيف مسابح
تنظيف مسابح بالرياض
نظافة مسابح
نظافة مسابح بالرياض
شركة نظافة مسابح
شركات تنظيف مسابح بالرياض
اسعار شركات تنظيف مسابح بالرياض
ارقام شركة تنظيف مسابح بالرياض
ركن العربي
شركة تنظيف مسابح شمال الرياض
شركة تنظيف مسابح شرق الرياض
Post a Comment