Pas cadang Akta 164 dikaji semula
MARANG - Pas mencadangkan agar Akta 164 ini dikaji semula secara
mendalam, menerusi pembentukan satu jawatankuasa khas untuk merangka dan
mengemukakan satu penyelesaian lain lebih adil, menyeluruh dan
inklusif.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jawatankuasa itu
perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada
kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain.
Menurutnya, perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, NGO dan
sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam
pindaan Akta 164 ini.
“Sebagaimana yang tertera dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada
hari Selasa 4 April 2017 (D.R.20/2016), pihak Kerajaan adalah dalam
proses untuk meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga
dikenali kini sebagai Akta 164.
“Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan terhadap hak
kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak
penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.
“Pas berpandangan bahawa implikasi menyeluruh yang bakal timbul
daripada Akta 164 ini adalah sangat serius, iaitu terhadap kebebasan
umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah
tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
"Ia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran
terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat
berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita,” katanya.
Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hasan, berkata Akta 164 perlu
dipinda kerana ia melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status
aqidah anak-anak.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pindaan Akta 164, mencabar aqidah Islam: Nasrudin]
Katanya, ia wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Mengulas isu sama, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria turut
meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta 164 daripada
dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan
Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.
6 orang berkata:
Setuju.
Saya serahkan kpd hj hadi yg bijak bistari.
Hj hadi bijak bestari,
Muka hendsome hebat sekali,
Tinggi ilmu budi pekerti,
Rajin ke Dewan setiap hari.
Hj hadi hebat orangnya,
Jadi MB mulia kerjanya,
Ke sana sini semua suka,
Jadi PM Malaysia berjaya.
Serban dililit penuh berseni,
Jubah putih berseri-seri,
Muka hendsem petang Dan pagi,
Siap melihat tertarik hati.
Haji hadi mulia orangnya,
Orang suka manis mulutnya,
Jadi contoh para pemuda,
Indah belaka tutur dan kata.
Saya ibu nurhalisa tki singapore
sudah 6 tahun saya di singapore bekerja jadi pembantu
pengen pulang kampung tapi hutang masih banyak sama majikan
saya selalu ikut masang nomor togel tidak perna tembus
saya sudah pasra dan kami serahkan sama allah atas nasib kami
dan secara kebetulan saya buka2 internet melihat postingan
teman2 tentan MBAH SERO katanya paranormal yang bisa nembusin
nomor togel jadi saya memberanikan diri untuk menghubungi
MBAH saya menceritakan semua kekurangan dan nasib yang saya alami
akhirnya beliau mau membantu dan saya di kasi angka 4D tembus 100%
syukur alhamdulillah dapat kemenangan (700.juta) itu
dalam buntuk uang indo terima kasih banyak MBAH SERO
saya sudah bisa melunasi hutang sama majikan dan rencana saya
mau pulang kampung untuk buka usaha saya sudah kapok jadi tki
saya tidak bisa membalas budi baik MBAH SERO sekali lagi
makasih banyak ya MBAH bagi teman2 yang menjadi tkw atau
tki seperti saya anda butuh bantuan hubungi nomor hp:
082-370-357-999 MBAH SERO
ucapan beliau sangat bisa dipercaya dan terbukti nyata
ini asli bukan rekayasa karna saya sudah membuktinnya sendiri..
Post a Comment