Tun M, dicadang jadi penasihat bersama
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dicadangkan supaya menjadi penasihat bersama Pakatan Harapan.
Menurut Timbalan Presiden Parti Generasi Baru, Datuk Khairuddin Abu
Hassan, ini kerana Mahathir dilihat akan dapat membantu meringankan
bebanan tanggungjawab Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai
banyak komitmen.
"Saya amat simpati dengan bebanan kerja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail yang sekian lama berjuang menerajui barisan pembangkang," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya lagi, begitu juga dengan bebanan tanggungjawab yang sedang
dipikul oleh Mahathir selaku pengerusi parti Bersatu yang berkempen
hampir setiap malam.
"Kita harus memberi banyak ruang kepada Mahathir dan Wan Azizah untuk
tumpu pada perancangan strategik kerja-kerja Pakatan Harapan," katanya.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata langkah ini amat penting kerana
semua parti-parti politik pembangkang akan bertanding di bawah Pakatan
Harapan secara satu lawan satu dengan menggunakan satu logo pada PRU14
kelak.
"Minda dan tenaga harus diberikan secara lebih kepada Pakatan Harapan
agar menjaminkan kejayaan cemerlang barisan pembangkang pada PRU14 yang
akan datang," katanya.
5 orang berkata:
Baru dicadang belum dipersetujui lagi...sejak Pakkara berkiblat sebelah sinun...rujukanya tentulah utusan meloya....dah pandai putar belit dah.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Kalau ye pun ape salahnya. Zaman tun malaysia dihormati. 22 tahun kalau org dah remaja dan berkerja. Kalau pokok dah berapa kali keluar kan hasil. Ambik la yg positif. Tu pun nak ajar ke.
Ha ha ha.....
Tun byk pengaruh. Yg tua yg muda semua suka tun. Tak ada masalah jadi penasihat. Pas makin takut. Pas takut ahli pas tinggalkan hadi.
Post a Comment