Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA BELUM BERJUMPA DENGAN APA YANG DIKEHENDAKINYA

Mufti suruh Siti Kasim belajar agama
Wacana: Siti Kasim hangatkan suasana
Siti Kasim. - Foto Facebook Siti Kasim

IPOH – "Belajarlah agama...," itu reaksi Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria terhadap peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim yang mengeluarkan kenyataan berkaitan kewujudan Tuhan yang jelas memesongkan akidah.

Menurutnya, kenyataannya menyifatkan Tuhan sama dengan makhluk lain boleh jatuh kafir dan murtad dalam Islam.

“Belajar sikit tapi tidak belajar agama sudah terasa terlalu pandai. Kalau seorang peguam, cakap sahaja mengenai undang-undang, tidak perlu cakap mengenai Tauhid.

“Tidak usah campur urusan agama tetapi belajarlah agama kerana kita beruntung dilahirkan dalam Islam. Pelajarilah Islam yang dibawa oleh ibu bapa kita,” katanya ketika mengulas mengenai kenyataan Siti Kasim di Pejabat Mufti Perak di sini, hari ini.


Media semalam melaporkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil peguam Siti Kasim untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya berkaitan kewujudan Tuhan yang dianggap terpesong daripada akidah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipetik sebagai berkata, sekiranya terdapat kesalahan maka Jabatan Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan.

“Jakim tiada kuasa untuk mengambil tindakan hanya Jabatan Agama Islam Negeri sahaja yang ada kuasa mengambil tindakan mengikut apa jua kuasa mengikut enakmen berkaitan jenayah, akidah serta penyebaran perkara yang boleh merosakkan agama Islam,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata demikian merujuk kepada kenyataan Siti Kasim dalam rancangan temu bual dalam talian dengan media berbahasa Cina beberapa tahun lalu.

2 orang berkata:

Lone ranger pomen said...

Demi allah aku tak minat langsung kat pompuan ni. Nama dah sedap. Perangai nauzubillah. Nama dia pun elok kasi kat org lain. Tapi tak boleh la nak hukum sesuka hati. Tegur dah, nasihat dah kalau tak jln nak buat camne. Dah perangai dia cam tu. Mane tau dia bertaubat Last2 minit. Pernah dengar kisah pencuri bagi anjing minum dan pembunuh yg mati diantara pembunuhan yg ke100 ke tempat dia mencari guru utk bertaubat. Jarak 1 tapak tangan yg membuat dia dimasukkan ke syurga.

Anonymous said...

Islam ke pompuan tu? Laa aku igtkan kapirun.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.