Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kebanyakan mereka tongong,

RUU355: Pandikar Amin jelaskan kenapa Dewan tamat awal
Pandikar Amin Mulia
Pandikar Amin Mulia - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI
 
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menafikan beliau menangguhkan awal sesi perbahasan Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU355) semalam kerana agenda politik atau menerima tekanan daripada mana-mana pihak. 

Sebaliknya beliau menegaskan keputusannya itu semata-mata untuk menjaga kebajikan kakitangan Parlimen yang telah tidak tidur semalaman.

Oleh itu, kata Pandikar Amin, beliau telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menamatkan sesi Parlimen pada jam 4 petang berbanding kebiasaan jam 5.30 petang.   

Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen Ke-13 itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila bersidang hampir 20 jam bermula pada 10 pagi kelmarin (Rabu) hingga 5.05 pagi semalam (Khamis).

Ditanya kenapa beliau membenarkan persidangan berlangsung sehingga 20 jam, Pandikar Amin yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Seminar Serantau Anggota Parlimen Wanita Komanwel Asia Tenggara di Parlimen, hari ini berkata: "Ia adalah kehendak kerajaan untuk menamatkan rang undang-undang yang mereka mahu tamatkan, ia bukan kehendak saya...terpaksa...pegawai saya dan saya satu malam tak tidur.

"Jadi, pada ketika itu, itu kuasa saya, saya tidak mahu duduk lagi untuk mendengar hujah-hujah yang pernah saya dengar, yang kadang-kadang tidak masuk di akal. Kalau mahu tuduh saya tongong, maka hujah-hujah mereka selama sembilan tahun saya dengar, kebanyakan mereka tongong," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau mengulas mengenai kecaman pembangkang berhubung tindakannya menamatkan sesi Dewan Rakyat lebih awal semalam, sebelum sempat RUU355 yang dibentang Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibahaskan.

Tindakan Pandikar Amin menangguhkan hari terakhir sidang Dewan Rakyat itu lebih awal dari kebiasaannya menerima kecaman pelbagai pihak terutama pembangkang yang mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk membahaskan RUU355 berkenaan.

Ini termasuk Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub yang menyelar tindakan Speaker mengeluarkan arahan untuk menangguhkan RUU355 dibahaskan semalam sebagai tongong.
  
Mengulas lanjut, Pandikar Amin berkata tugas beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat bukan semata-mata untuk menyenangkan hati semua pihak.

"Kalau ada yang menganggap ia tongong, itu adalah persepsi masing-masing. Saya rasa Pas semalam pun mahu perkara itu untuk dibahas dan diundi.

Tetapi saya mempunyai hak untuk tangguhkan mesyuarat dan mereka (anggota Parlimen) masih dapat berbahas pada masa akan datang. Tapi bila mereka ini berhujah, hujah mereka itu boleh berasaskan agenda politik semata-mata.

Saya tidak mempunyai agenda politik, saya hanya mahu memastikan setiap persidangan itu berjalan lancar. Terpulang kepada sesiapa sahaja yang mahu menghentam saya, saya tidak kisah, saya tak peduli, saya tak peduli asalkan (sidang) Parlimen berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata, tindakan itu juga adalah adil kerana kedua-dua pihak, iaitu anggota Parlimen kerajaan dan juga pembangkang yang ingin mencelah dan berbahas tidak dibenarkan berbuat demikian.

Pandikar Amin juga berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang dimiliki beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat, walaupun ada pemimpin yang pernah menyebut bahawa RUU berkenaan akan dibentang, namun tidak akan dibahas dan diundi pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

"Itu untuk kepentingan politik, mereka mahu menang pilihan raya, saya tidak mahu menang pilihan raya. Apa yang penting, apa yang saya kata dan apa yang saya lakukan.

Sebab semalam, kita sudah duduk sampai pukul 5 pagi kerana kemahuan kerajaan yang mahu semua rang undang undang dibahaskan di bawah peraturan Mesyuarat 15 (5). Itu bukan kemahuan saya, jadi apabila saya mempunyai kuasa, saya perlu menggunakannya, saya tidak mahu tunggu lagi dua hingga tiga jam untuk mendengar hujah-hujah anggota Parlimen yang kadang-kadang tidak masuk akal bagi saya," katanya.

Pembentangan RUU355 dibuat Abdul Hadi yang merupakan Presiden PAS pada hari terakhir Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 semalam. Persidangan Dewan Rakyat itu bermula 6 Mac lalu.

Sejurus Abdul Hadi selesai membentangkan usul itu, ia disokong anggota Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.

Pandikar Amin kemudian membuat keputusan usul itu akan dibahas dan diputuskan pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti.

Sidang Dewan Rakyat kali ini meluluskan Rang Undang-Undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Kebankrapan (Pindaan) 2016, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 dan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017.  - Bernama

13 orang berkata:

Anonymous said...

Bentang je tak bahas tak undi camner nak jadi undang2?

Dapat bentang pun dah bangga sangat ker? Belum jadi hukum dah menangis2? Apa punya lebai...

Anonymous said...

Knapa tak masuk sekali hukuman mencuri dan merompak dalam ruu 355 tu? Tak kan la nak selamatkan perompak, pencuri, perasuah, pencilok, pwnerima rasuah, pengambil duit cikgu, pengebas balak dan lombong?

Nak simpan utk pru ke 15 yer?

Anonymous said...

Sabarlah pak karam. Seminggu dua lagi keluarlah no akaun, nama pwmilik akaun dan jumlah transfer akaun tu. Tunggu aje la. Jangan gabra. Tak elok tau dah tua2 gelojoh cam tu

Anonymous said...

Nanti kita amik kalkulator kira dia punya jumlah keseluruhan.

Anonymous said...

Kalau pak karang nak samang husang, pak karang boleh samang. Tapi samang tu tak ada dalang ajarang orang islang. Kalau nak samang pak karang samang sr dan rafizi sekali.

Anonymous said...

Dulu kedah buat ruu haram nak sokong. Skrg menangis2. Apalah

Anonymous said...

Jong pecah yu kenyang.
Alhamdulillah bagi makan free kat yu.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1164] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 900 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Hahaha hadi baru bentang jer pun, belum bahas lagi. Lepas ni parlimen dah nak bubar, mmg takde dah sidang parlimen sehingga kerajaan baru dibentuk. Nampak gayanya ruu355 yg hadi bentang tu jadi kain buruk jer laa. Eh! Kejap! Pak karam paham ke idak ni? Ke pak karam dah happy sebab rasa dah mcm masuk syurga? Belum lulus lagi la pak karam oiiii.

Anonymous said...

Sabor..sabor..
Tunggulah seminggu dua lagi.
Org yg buat je akan bimbang takut nama naik. Kalau tak buat, kalau tak terima, janganlah bimbang. Rafizi ni kalau dia cakap biasanya ada bukti kukuh. Kita tengok aje la nanti sapa yg kena.

Tungggguuuuuuuu......

Anonymous said...

Betul ke penangguhan ruu 355 itu telah dipersetujui dlm konsensus BN? Betul ke joseph kurup dan s subramaniam ada cakap mcm tu?


Jika betul, malang sungguh nasib kita sbg org islam. Sepatutnya ruu355 perlu dibahaskan dan diundi dgn segera supaya urusan memartabatkan mahkamah syariah dpt disegerakan. Kenapa perlu tangguh2? Sampai bila perlu ditangguh?

Anonymous said...

Lakonan mengalahkan pelakon sinetron. Sandiwara geng lebai hancing.

Anonymous said...

Kebanyakan mereka tongong adalah walaun2 krn bersubahat dgn lebai2 dedak 90juta memperalatkan Islam utk menipu Allah dan org melayu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.