'RUU355 hanya mainan politik Umno/BN'
SHAH ALAM - Amanah tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Persekutuan tidak
membentangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Parlimen ekoran
keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata, ini membuktikan bahawa segala-galanya hanyalah mainan politik Umno dan Barisan Nasional.
“Jika benar-benar kerajaan ikhlas dan yakin bahawa isu RUU355 sebagai
keperluan penting perundangan dan isu substantif, pastinya kerajaan
sendiri akan mengambil inisiatif memindanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Harap RUU 355 dibentang minggu ini]
“Namun begitu, RUU355 telah digunakan sebagai umpan untuk menarik Pas
keluar dari muafakat Pakatan Rakyat hingga Parti itu berpecah selepas
berlakuknya pembersihan golongan progresif dan pro-PR,” katanya dalam
satu kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Najib mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak akan
membentangkan pindaan Akta RUU355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai
RUU persendirian.
Katanya kerajaan menyerahkan kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin
Mulia untuk menentukan kedudukan RUU itu, sama ada akan dibentangkan
atau tidak, berdasarkan kepada peraturan dewan.
Mengulas lanjut, Mohamad atau lebih mesra disapa Mat Sabu berkata,
RUU355 berjaya memecahbelahkan umat Islam sendiri sehingga mengheret ke
kancah 'takfiri'.
“Pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut digunakan mengatakan
semua ahli parlimen ‘wajib’ sokong, sedangkan ia adalah proses
legislatif (at-Taqnin) melalui perbahasan dan perdebatan untuk mencari
langkah-langkah terbaik dalam memperkasakan Mahkamah Syariah.
“'Himpunan Ungu' di Padang Merbok pula memperlihatkan terdesaknya Pas
dan Umno mahu menggunakan sentimen Islam-Melayu sehingga menimbulkan
kebimbangan kepada asas negara ini dibina iaitu permuafakatan dan
perpaduan nasional antara kaum dan agama" katanya lagi.
10 orang berkata:
Peranan kamu apa mat sabu oii. Parti engkau pun sama juga dgn BN berdolak dalih...
Amanah stay tolak umno.
Lebai pas bodo mereput. Tu bukan main politik, tu namanya kena kencing atas kepala sampai lencun.
Lebai2 bangsat jual agama 90juta..pengkhianat agama..
PA$ pelacur agama.
AMANAT HADI bertukar jd LAHANAT HADI dan PAS.
Hangpa jgn lebih2 kutuk hadi. Satgi geng dia kapiaqkan hangpa kang.
Politik natang kaya dgn perangai kenatangan
Main Politik x pa ? Sebab dedak dah d ON9 ke Affin . Ye kan Admin ???
Hadi bangsat pelacur agama..lebai bangsat
Post a Comment