Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAKAI AKAL JANGAN PAKAI OTAK, CARI PUNCA MENGAPA BERPECAH

PEMBANGKANG ADA KETOKOHAN MEMERINTAH
TAPI MARUAH DAN AKHLAK TAK ADA
 
TIDAK MENGHORMATI DASAR PARTI LAIN
ADALAH PUNCA YANG SANGAT NYATA
 
MULUT CELUPAR SUKA MENGATA ORANG.
SELALU ANGKAT DIRI SENDIRI HEBAT
 
SUKA MENCURI BILA MASUK RUMAH ORANG
TAK ADA ADAB SESAMA KAWAN
 
PEMBANGKANG TENGOK DALAM DIRI DULU
SEBELUM TUDING JARI KEPADA YANG LAIN
 
SUKA MENGUNGKIT-UNGKIT
INI SEMUA PERANGAI SYAITAN !
 
 
ADA AKAL JANGAN LETAK KAT LUTUT
 
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Pertelagahan pembangkang, kemenangan buat BN
Suasana pilihan raya
Gambar hiasan
 
SHAH ALAM - Keadaan pembangkang yang kelihatan bertelagah sesama sendiri dan sukar untuk mencapai kata sepakat dilihat sebagai tiket kemenangan BN untuk PRU14 nanti.

Penganalisis politik  Fakulti Sains Sosial, Unimas, Dr Jeniri Amir mendakwa kerjasama antara pembangkang amat penting untuk tumbangkan BN.

"Pada pendapat saya, kemenangan BN boleh dikatakan pasti jika pembangkang tidak dapat bersatu  kerana apa yang berlaku sekarang menyaksikan komponen pembangkang sering kali bertelagah dan sukar untuk capai tahap kerjasama padu.

"Sedangkan syarat utama untuk pembangkang mengambil alih Putrajaya adalah kerjasama erat di antara semua pihak pembangkang untuk menjatuhkan BN," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Pas burukkan keadaan

Tambah Jeniri lagi, sikap Pas yang berdegil tidak mahu bekerjasama dengan pembangkang lain lebih memburukkan keadaan sekali gus memberi kelebihan kepada BN.

"Sebenarnya, pembangkang masih mempunyai harapan tetapi  jika Pas masih lagi berdegil dan tetap dengan pendirian serta tidak boleh bertolak ansur langsung, maka pembangkang akan hadapi masa yang sukar semasa PRU 14 nanti.

"Nyata, keadaan seperti inilah yang ditunggu BN tambahan pula jika Pas tetap tidak berkompromi dengan pembangkang lain maka pertembungan tiga penjuru akan terjadi dan keadaan akan lebih berpihak kepada mereka," katanya lagi.

Kesalahan di bahu Pas jika pembangkang kalah

Katanya lagi, wajar kesalahan diletakkan di bahu Pas sekiranya pembangkang gagal untuk tawan Putrajaya pada PRU14 nanti.

"Pas wajar dipersalahkan jika pembangkang kalah PRU 14 kerana mereka berdegil dan tidak mahu bekerjasama dengan komponen pembangkang lain.

"Mungkin Pas lupa hakikat kemenangan yang dikecapi pada PRU 12 sebelum ini semuanya kerana ada kerjasama dengan pembangkang yang lain.

"Sikap mereka ini sama seperti kacang lupakan kulit," tambahnya lagi.

Perlu kemuka naratif politik

Menurutnya, dengan keadaan sekarang, pembangkang perlu kemukakan naratif politik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada mereka.

"Naratif politik ini perlu untuk beri tunjukkan pada rakyat sebagai bukti komitmen mereka untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai," katanya.

BN ambil peluang dari situasi ini

Sementara itu, BN akan terus mengambil peluang ini dan melihat sejauh mana komponen pembangkang akan terus bertelagah sesama sendiri.

"Terutamanya ketika berkempen, BN akan membandingkan bagaimana ada pembangkang yang bersikap mementingkan diri tanpa memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam mencapai kata sepakat yang utuh sesama mereka," katanya lagi.

16 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau setakat nak menyalahkan parti lain.. baik tak payah.. tunjuklah krkuatan sendiri.. air berlumpur najis kalau banyak boleh merobohkan rumah.. tapi kalau nak suruh Pas sama2 bergelumang dgn lumpur takkan la..

Anonymous said...

punca dia ada org rampas suami dia la abg lim.. pan kan sekarang jadi bini baru abg lim.. ape tengin sangat itu pun ko x leh baca maksud dia.. dia masih cinta kat bekas suami dia.. ruu tu nak sakitkan hati bekas suami dia la
hahaha

Anonymous said...

ko ingat ruu tu pasal agama ke? mana manunya hehe ruu dah ada dulu, kan dia tolak masa tu, kan masa tu dia masih bersama ngan suami dia .. x ingat..? hahaha

Anonymous said...

*mana maunya,

Anonymous said...

Pakatan pembangkang tetap wujud walaupun pas tidak bersama pakatan dengan syarat parti pakatan harapan tak usah kacau kerusi yg pas tandingi sebelum ini ianya milik pas. Bg pan dan bersatu kalau nak bertanding mintalah dr dap atau pkr. Kalu minta pas masuk pakatan dan seterusnya minta pas korbankan kerusinya dan gunakan petugas pas juga utk parti pan dan bersatu tanding itu bukan muafakat namanya itu menindas atau mengecek pas orang panggil

Anonymous said...

Pakatan pembangkang tetap wujud walaupun pas tidak bersama pakatan dengan syarat parti pakatan harapan tak usah kacau kerusi yg pas tandingi sebelum ini ianya milik pas. Bg pan dan bersatu kalau nak bertanding mintalah dr dap atau pkr. Kalu minta pas masuk pakatan dan seterusnya minta pas korbankan kerusinya dan gunakan petugas pas juga utk parti pan dan bersatu tanding itu bukan muafakat namanya itu menindas atau mengecek pas orang panggil

Anonymous said...

Dh bentang..di tangguh pulak..x boleh bahas..x boleh undi..nasib nkaulah 355..lebai2 setan dok main2kan sama umno..

Anonymous said...

Guna akal dan otak melihat bagaimana Islam diperalatkan lebai2 munafik jual agama 90juta ni. Kalau tak nampak juga mmg sah hati dah buta.

Melayu rosak kerana UMNO.
Islam rosak kerana PAS.

Anonymous said...

Ko tak faham pasal perjalanan sidang parlimen tak payah komen la.. menyemak aje.

Ky darsa said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [1164] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 900 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

Apa yg walaun biol faham psl perjalanan sidang parlimen? Sehari sblm akta sekular ruu355 dibentang, mp2 berbahas akta lain hampir ke subuh dan diluluskan.

Ruu355 speaker tangguh bahas/undi boleh pulak lebai2 pondan PAS diam mcm syaitan bisu. Akta GST menindas rakyat dgn mudah diluluskan parlimen tak mcm ruu355. Padahal ketua lebai hancing dah kamceng dgn ketua penyamun 1mdb. Sandiwara peralatkan Islam.

Anonymous said...

Kononnya ada Ahli Parlimen Pas yang menangis dan beberapa kali mengesat air mata kerana kejayaan Hadi membentangkan usul pindaan itu, malangnya pemimpin yang sama tidak berkata apa-apa, malah dilaporkan cuma tersenyum dengan tindakan Speaker menangguhkan perbahasan itu.
Tindakan pemimpin-pemimpin Pas tidak membantah apa yang dilakukan Speaker adalah sama ketika mereka cuma diam apabila minggu lalu Najib memungkiri janjinya untuk menjadikan Akta 355 sebagai usul kerajaan yang membolehkan ia lebih mudah untuk dilulus dan dikuatkuasakan sebagai rang undang-undang.
Bukankah sepatutnya mereka melompat dan memberontak apabila ia ditangguhkan yang bermakna usaha meletakkan perundangan Islam terus terbantut lagi?
Maaflah kena game dgn pak lobai , yang tiada ketegasan walau semalam sanggup sampai pagi.

Anonymous said...

Tak payahlah.
Biar pas di luar.
Amanah dan bersatu boleh share kerusi pas.
Lagi senang kerja. Tak payah gaduh2.

Banyak baiknya klu tak Ada pas ni

Anonymous said...

Tapi rafizi dah bagi soalan panas kpd datok president. Tolong check no akaun masing2

Anonymous said...

Lakonan geng lebai jual agama 90juta mengalahkan pelakon2 sinetron.

Anonymous said...

kita tgk akaun sape yg kena????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.