Premis judi: MPSJ kenal pasti 'orang dalam'
SUBANG JAYA – Tindakan tegas termasuk berdepan hukuman dibuang kerja
bakal diambil kepada kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
sekiranya didapati bersekongkol dengan pengusaha premis perjudian.
Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata, pihaknya
tidak menafikan perkara itu berlaku namun masih mengenal pasti
kakitangan yang terlibat.
"Saya tak nafikan memang ada ‘orang dalam’ yang bocorkan maklumat
sekiranya operasi atau serbuan hendak dilakukan di premis perjudian.
“Kalau kita dapat kesan siapa mereka, tindakan serta-merta akan diambil termasuk dibuang kerja,” katanya.
Nor Hisham berkata, bukan sahaja bersekongkol dengan pengusaha premis
perjudian, kakitangan melakukan kesalahan yang melanggar peraturan
ditetapkan kerajaan juga boleh dikenakan tindakan.
Katanya lagi, lima kakitangan MPSJ dibuang kerja tahun lalu kerana
melanggar tatatertib sebagai penjawat awam termasuk ponteng kerja dan
masalah disiplin.
Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana
pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan salah laku atau salah guna
kuasa.
“Pada tahun 2015 pula, tujuh orang dikenakan tindakan tatatertib, ini
menunjukkan kita serius, kita memang tak tunggu agensi lain kenakan
tindakan, jika ada bukti kita bertindak dulu.
“Jika ada mana-mana warga kerja yang menyalahguna kedudukan atau kuasa
untuk mengeksploitasi kelemahan yang terdapat dalam prosedur untuk
keuntungan peribadi, mereka ini tidak terlepas daripada dikenakan
tindakan sewajarnya,” katanya.
Terdahulu Nor Hisham berkata, budaya integriti di kalangan kakitangan sudah ditetapkan dalam pekeliling kerajaan.
Beliau berkata, sekiranya pihaknya mengesan ada kakitangan yang
mempunyai gaya hidup mewah melebihi pendapatan diperoleh, siasatan akan
dijalankan.
5 orang berkata:
Apa guna exco2 parti lebai 90juta ada di Selangor?
90juta lg...report lah sprm ni asyik dok jaja merata la anjing2 dap ni...satu lg artikel atas tu xdak kena pn dgn lebai so anjing2 dap gunalah saluran yg btoi k...kahkahkah
Gaji exco poloh ribu. Suruh berenti tak nak. Suruh buat krja mengular. Politik 24 jam
Sapa exco agama?
Exco agama jaga agama.
Dap ke?
Anon 2:13 Hamba syaitan2 jual agama 90juta.
Post a Comment