Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SETELAH ORANG MELAYU BERJAYA DIPECAHKAN KEPADA 6, MERDEKAAAAAA !!!!


TERIMA KASIH KEPADA TANGAN GHAIB
YANG TELAH PECAH BELAHKAN
ORANG MELAYU


-Pak Karamu- 




Lembah Pantai, Batu antara 80 Parlimen sasaran Pas
Pas

CYBERJAYA - Pas meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bagaimanapun berkata, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.

Beliau berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Kerusi lain ialah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.     

Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohd Nor Mohamad dan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Khairil Nizam Khirudin.

Menurut Idris, kerusi Parlimen Segambut dan Batu masih dikaji untuk ditandingi oleh Pas. 

Pada PRU13 lalu, Pas kalah hanya memperoleh 21  daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas memenangi 85 daripada 237 kerusi yang ditandingi.

Dalam perkembangan lain, Idris menyelar pemimpin DAP dan Amanah yang memahami matlamat sebenar Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 1965 (RUU 355) tetapi memberikan gambaran negatif mengenainya.

"Undang-undang ini tidak membabitkan orang bukan Islam seperti mana kewajipan berpuasa yang hanya melibatkan orang Islam pada bulan Ramadan.

"Gambaran tidak betul itu memberikan anggapan buruk dan Pas dilabelkan sebagai Taliban," katanya. - Bernama

17 orang berkata:

Anonymous said...

Sebab itu jangan menghina orang tetapi lebih baik berdakwah secara berhemah. Sekarang baru nak perasan Melayu dah pecah 6? Mungkin PAS dah boleh bersama Umno untuk menjaga MELAYU.

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Anonymous said...

Semangat perjuangan pas untuk rakyat sudah mati hanya kerana menjaga kepentingan beberapa kerat pemimpin terhormat. Baguslah. Selamat tinggal

Anonymous said...

Kalau ustaz kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Anonymous said...

Dulu dah elok tak berpecah. Tapi mulut tak boleh jaga. Barua sana sini. Kafir sana sini. Fitnah sana sini. Ego meninggi diri. Pentingkan kroni, sombong tak boleh terima nasihat dan keritikan....

Baru nak bising pecah 6?

Anonymous said...

Bila buat kerja tak pandang jauh, yg dikejar tak dapat yg dikendung keciciran. Ruu entah ke mana, perpecahan makin nyata. Jong pecah yu yang kenyang.

Anonymous said...

Cybertrooper amno mula dah. 90 juta tu utk majukan Islam......

Klu dah dasar cybertrooper tu, makan taik pun sanggup. Benda tak wujud pun nak gempak rosakkan Pas.

Anonymous said...

Perkataan ini selalu keluar drp mulut org yg tidak boleh menerima pandangan dan kritikan org lain. Yg selalu keluar dari mulut org ego dan merasakan dirinya saja yg betul:

i. Kau nak jadi kafir?
ii. Nak jadi khadam dap?
iii. Biar kalah di dunia menang di akhirat.
iv. Anjing2 dapigs.
v. Nak jadi munafik.
vi. Dap tolak Islam.
vii. Lain2

Ayat inilah yg akan terus diulang2 untuk menghalalkan cara mereka berpolitik demi kepentingan beberapa kerat pemimpin terhormat.

Anonymous said...

Klu betul apa salahnya. Utk islam jugak kan?

Anonymous said...

Mula2 pemilihan masa muktamar pas pakai chai, lepas tu dihalaunya golongan profesional dlm pas dan pimpinan pas kemudiannya mentekedarah dedak mcm haiwan lepas tu nak bising2 pasal melayu pecah 6? Piiiiiirah.

#membangunbersamabalak.

Anonymous said...

Memandangkan iklim politik yg sudah tidak menentu ini, saya ahli pas bt gantang mencadangkan supaya pas bergabung dgn umno untuk melenyapkan dapigs, pandap, pkr dan bersatu demu mempertahankan islam. Diharap kepimpinan pas dapat memikirkan kebaikan kerjasama ini demi islam yg kita pegang. Pilihlah yang paling kurang keburukannya. Kami ahli pas sentiasa memberi sokongan padu kpd kepimpinan Tuan Guru.

Anonymous said...

90juta hasil songlap duit rakyat terbesar di dunia.Haram tetap haram.

Anonymous said...

Melayu mula2 berpecah bila Pas jd serpihan dari parti Umno. Dari Umno dia datang, kpd Umno dia kembali.

penipu nak bekerjasama dgn penyamun.

pelet santet said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [6686] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 370 JUTA , wassalam.

Anonymous said...

org melayu besatu dgn melayu pkr, melayu pan,melayu dap dan melayu atas pagar.....
mana ada pecah 6

Anonymous said...

Org Melayu dan Islam bersatu dlm PH menentang pemerintah zalim kleptokrasi penindas rakyat dan pemimpin lebai hancing gadai agama 90juta.

Anonymous said...

Cina mca, cina gerakan, cina dap, cina chauvanis,cina pkr dan ulamak rupa cina.... cukup ada 6

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.