Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKBIIIR !!! TAKBIIIR !!!, TAKBIIIR !!!

PENGHINAAN TERHADAP ISLAM BERTAMBAH PANAS !!!


-Pak Karamu-
'RUU 355 adalah hak kami'
'RUU 355 adalah hak kami'
Himpunan bagi menyerahkan memorandum di pejabat akhbar Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya, hari ini.
PETALING JAYA - "RUU 355 bukan undang-undang kamu, ini hak kami," kata wakil Sekretariat Ummah, Misri Sat.

Beliau berkata demikian ketika himpunan penyerahan memorandum kepada Nanyang Siang Pau berhubung karikatur berbentuk penghinaan terhadap Islam yang disiarkan akhbar itu, baru-baru ini.

"Kami berpayung di bawah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan sultan-sultan sebagai ketua-ketua negeri. Kita perlu hormat Islam sebagai agama persekutuan.

"Sebelum ini kami dah bersabar dari gangguan PKR dan DAP, tapi kali ini dengan karikatur sebegini, usah cabar kami. Saya berharap minta maaf kepada individu yang dihina itu, usah mainkan agama kami, ulama dan pimpinan kami," katanya.

Tambahnya, hari ini, pihaknya berkumpul sebagai tanda solidariti dengan menyerahkan memorandum kepada ketua pengarang akhbar terbabit.

Wakil Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nurul Islam Mohamed Yusof pula berkata, beliau kecewa dengan lakaran karikatur tersebut.

Dalam nada tegas beliau menanyakan di mana peranan Menteri Dalam Negeri kerana ia satu penghinaan kepada Dewan Rakyat, Agong dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Mereka hendaklah memohon maaf dan mengutuskan surat maaf terhadap Presiden Pas (Hadi) dan Speaker Dewan Rakyat (Tan Sri Padikar Amin Mulia). Usah sesekali mengusik sensitiviti umat Islam, kita mungkin boleh memaafkan, tapi belum tentu kita dapat melupakannya," katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.