Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIMBALAN PRESIDEN PKR AKAN DISIASAT SPRM ?

Azmin sedia disiasat SPRM kes pemilikan harta
Azmin sedia disiasat SPRM kes pemilikan harta
Mohamed Azmin menyampaikan sumbangan kepada pesawah pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan kepada Pesawah Padi di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10 Barat, Sungai Besar

SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pemilikan harta didakwa dilakukan beliau sewaktu menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Mohamed Azmin berkata, siasatan kes itu terserah kepada SPRM dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Terpulang kepada merekalah (SPRM) saya sentiasa terbuka," katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan kepada Pesawah Padi di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10 Barat, Sungai Besar, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan SPRM yang bersedia membuka semula kertas siasatan berhubung kes pemilikan harta, 22 tahun lalu.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau bersikap terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak dan menganggap siasatan yang dilakukan SPRM itu adalah satu proses biasa dan bukan sesuatu perkara baharu.

"SPRM menyiasat,  pentadbiran negeri menyiasat, pimpinan kita beri kerjasama, terpulanglah kepada mereka," katanya.

Semalam, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata, walaupun kes itu telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997, namun siasatan kes itu boleh diteruskan semula sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang mengaitkan Menteri Besar Selangor itu dalam kes berkenaan. 

5 orang berkata:

Anonymous said...

Silakan la
Silakan la

Anonymous said...

Azmin berani bersuara. Ketua lebai pondan menikus bila ditanya psl rasuah 90juta hasil rompakan duit rakyat.

Anonymous said...

Dapat tu bagi2 la kat jemaah. Sikit sama dirasa. Banyak sama disonglap.

Anonymous said...

Alhamdulillah...bykkan lg fitnah...moga Allah mberi hidayah...Aamiin

Anonymous said...

Alhamdulillah...bykkan lg fitnah...moga Allah mberi hidayah...Aamiin

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.