Wednesday, 26 February 2014
Panas!! Najib Dakwa Perkasa Adalah Kumpulan Pelampau?
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan semua pihak tidak
seharusnya menggalakkan penyebaran laporan mengenai tindakan kumpulan
atau organisasi pelampau yang berkecenderungan menghancurkan kepercayaan
antara kaum-kaum di negara ini.
Menurut Perdana Menteri, sekiranya golongan kumpulan pelampau berkenaan
tidak diberikan publisiti, golongan itu tidak mendapat perhatian yang
mereka ingini dan mereka tidak akan dapat menarik orang lain kepada
mereka.“Anda tahu bahawa apa yang mereka lakukan atau katakan di
laman-laman media sosial ternyata salah, jadi mengapa harus kita kongsi
pendapat-pendapat sebegitu (dalam) online.
Jika kita mahu mengekalkan keharmonian dalam negara kita ini, jangan biarkan penghasut-penghasut ini menguasai kita.
Jika kita mahu mengekalkan keharmonian dalam negara kita ini, jangan biarkan penghasut-penghasut ini menguasai kita.
“Lebih baik lagi, janganlah kita cepat menyebarkan insiden-insiden ini
kerana itu sudah pasti akan menyebabkan ketakutan dan kebencian.
Janganlah kita berikan pihak pelampau ini publisiti yang mereka
idamkan,” katanya dalam catatan blog beliau www.1malaysia.com.my.
Menurut blogger Shahbudin Husin, dalam masa Najib mahu melaksanakan
rekonsilasi ini, beliau turut juga juga mengecam golongan pelampau yang
dianggapnya hanya mahukan publisiti yang diidam-idamkan bagi melakukan
pelbagai tuntutan.
Dalam mana-mana komuniti pun, golongan pelampau ini sentiasa wujud. Di
negara kita, baik dalam masyaraka Melayu, Cina mahupun India, kumpulan
pelampau ini sentiasa ada.
Tulisnya dalam www.shahbudindotcom.blogspot.com, beliau menulis dari
sekian banyak golongan yang boleh dianggap pelampau dan kerap mendapat
publisiti, Perkasa yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali adalah berada
di kedudukan paling depan sekali.
“Ini kerana Perkasa bukan saja aktif menuntut macam-macam perkara dan
memberi reaksi hampir dalam semua isu termasuk mahu membakar Bible yang
mengandungi nama Allah, bahkan Perkasa juga merupakan NGO yang paling
banyak mendapat publisiti media,” dakwanya.
Beliau menambah di dalam akhbar Utusan Malaysia misalnya, hampir setiap
hari ada saja berita mengenai NGO itu, bahkan akhbar itu seolah-olah
hilang serinya jika tiada berita mengenai Perkasa didalamnya.
Sebelum pilihanraya lalu, sementara Najib menjaja dasar 1Malaysia tetapi
di masa yang sama beliau juga memberi ruang untuk mendekati kelompok
yang boleh dianggap pelampau semata-mata untuk mendapatkan undi.
Bukan saja Perkasa yang didekatinya, malah Dong Ziong dan Hindraf juga
cuba dijadikan rakan karib kerajaan, katanya lagi.Shahbudin berkata
bukan saja hubungan baik dengan Dong Ziong tidak menjadi, bahkan ikatan
kasih dengan Hindraf juga sudah terlerai.
Perkasa yang dulunya banyak memuji Najib dan kerajaan juga mulai berubah
nada sebaik pilihanraya berakhir kerana kecewa dengan kelemahan dan
sikap tolak ansur yang keterlaluan oleh kerajaan.
Katanya, Najib seperti mulai menyedari bahawa Perkasa lebih
menyusahkannya, bukan saja dalam pelbagai tuntutan dan ugutan mahu
membakar Bible, malah terbaru ini NGO itu juga menolak penubuhan Majlis
Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang diinisiatifkan Najib.
Lebih dari itu, Perkasa turut menubuhkan badan sendiri yang menyerupai
MKPN untuk membincangkan isu perpaduan mengikut acuan mereka
sendiri.Shahbudin berkata Perkasa adalah ancaman bukan saja kepada Najib
tetapi juga kepada kestabilan pelbagai etnik di negara ini.
Beliau meramalkan jika selama ini Perkasa mendapat dana daripada
kerajaan dan publisiti melimpah daripada Utusan khususnya, dengan
petunjuk yang diberikan Najib ini, era itu mungkin akan berakhir tidak
lama lagi.
Oleh: Addin deen
2 orang berkata:
Hi! I realize this is kind of off-topic however I needed to ask.
Does operating a well-established website like yours require a large amount of work?
I am completely new to blogging however I do write in my diary every day.
I'd like to start a blog so I will be able to share my experience and thoughts online.
Please let me know if you have any kind of ideas or tips for new aspiring blog owners.
Appreciate it!
my homepage Nike Free GYM Womens
I was recommended this blog by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as nobody else know such detailed about my trouble.
You're incredible! Thanks!
Look at my weblog forbrukslån uten sikkerhet 20 år
Post a Comment