Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KONSESI APA-APA YE, DAH LUPA ...... AKIBATNYA RAKYAT MENDERITA !

Zahid dicabar dedah konsesi diluluskan PM
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
 
SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dicabar mendedahkan semua penswastaan yang diluluskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan merunding semula semua perjanjian konsesi yang membebankan rakyat kerana bayaran pampasan yang terlalu tinggi. 
 
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata sekiranya penswastaan itu tidak dirunding semula, beliau khuatir pentadbiran Perdana Menteri itu didakwa akan menganugerahkan lebih banyak perjanjian konsesi berbanding di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Jika beliau tidak berani mendedahkan perjanjian ini dan menghentikan kegilaan penswastaan projek kerajaan secara konsesi, beliau sewajarnya tidak bercakap mengenai perjanjian lain yang semuanya diluluskan oleh pentadbiran Umno-BN, tak kira siapa Perdana Menteri ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rafizi mengulas kenyataan Ahmad Zahid semalam membidas sesetengah pihak dengan menyalahkan pentadbiran Najib dengan kenaikan kos sara hidup akibat perjanjian dan konsesi yang dibuat oleh kepimpinan negara terdahulu.

Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, kepimpinan pada hari ini dan rakyat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab itu secara kolektif.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, walaupun Dr Mahathir boleh dipersalahkan sebagai punca kerajaan terikat dengan perjanjian konsesi membebankan rakyat, namun pentadbiran Najib mampu menyemak semula penswastaan itu.

“Sebahagian besar pemegang konsesi ini dimiliki sepenuhnya oleh badan-badan kerajaan (seperti Plus dan Prolintas) atau saham syarikat ini turut dipegang oleh GLC pelaburan kerajaan seperti KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ) dan PNB (Permodalan Nasional Berhad).

“Berdasarkan laporan dan cadangan Suruhanjaya Perjanjian Awam, kerajaan boleh mula merundingkan kembali dengan  pemegang-pemegang konsesi ini untuk mengubah perjanjian agar lebih adil kepada rakyat,” katanya lagi.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.