Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG ADA AKAL BOLEH FIKIR, YANG PAKAI OTAK BERTAKLIK ....

KENYATAAN YANG TELAH DIJANGKA, LA NI PAS MULA KECUT ? YANG MULA-MULA SERANG KELANTAN SIAPA ? DAP KAN ? KEMUDIAN HIDUPLAH AMANAH DI SANA ! BILA AMANAH SUDAH BERTAPAK BERERTI APA ? PAK KARAMAU KATA ADA YANG JADI PELURU NAK TEMBAK BULAN ? INI PANDANGAN PRIBADI PAK KARAMU, NAMUN RENTETAN CERITANYA MEMANG DEMIKIAN, NILAILAH SENDIRI ! PAKAI AKAL, SEKARANG BELUM NAMPAK, JANGKA PANJANG MASIH DALAM ARKIB - Pak Karamu
 
 
Mahu jadi alternatif, bukan pecah undi
0
Parti Amanah Negara
Parti Amanah Negara
 
KOTA BHARU - Kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan tidak boleh didakwa sekadar untuk memecah undi, namun hakikatnya Amanah tampil sebagai alternatif kepada rakyat Kelantan untuk menawarkan satu pemerintahan yang lebih adil. 
 
Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas hendaklah menerima kehadiran Amanah sebagai sebuah parti yang sah dan berdaftar dalam persaingan politik demokrasi di Malaysia.

“Kerajaan Kelantan juga tidak akan tergugat walaupun Pas kalah di Kelantan, bahkan jika Amanah diberi peluang untuk memerintah Kelantan, insya-ALLAH akan diurus dengan lebih baik daripada apa yang telah dibuat oleh Pas sebelumnya.

“Mereka (rakyat) telah ada pengalaman  berada di bawah pemerintahan Umno dan juga Pas, jadi bukan mustahil mereka akan berubah sikap untuk berada di bawah pentadbiran parti Amanah dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa keputusan Amanah bertanding di negeri ini akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.

Che Ibrahim berkata,  Amanah telah berkali-kali mengajak Pas bersama mempertahankan Kerajaan Kelantan daripada dirampas BN pada pilihan raya akan datang, namun sehingga kini Pas masih dengan sikapnya untuk tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain terutama Amanah yang didakwa sebagai pengkhianat.

Beliau berkata, Amanah tidak ada pilihan lain kecuali tampil bersama Pakatan Harapan untuk memberi harapan baharu kepada rakyat Kelantan yang sudah lama menolak untuk berada di bawah pemerintahan BN.

“Amanah sering terbuka untuk mengadakan satu persefahaman politik dengan Pas demi untuk mempertahankan kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Nik amar kata:
Pas boleh jadi parti alternatif di serawak/sabah. Klu rakyat tak nak undi BN atau undi DAP, mereka boleh undi Pas.

Jadi apa salahnya Pan masuk calun Pru14 di Kelantan?

Pan boleh jadi parti alternatif. Kalu rakyat kelantan tak nak undi BN atau Pas, mereka boleh undi Pan.

SBB TU JGN JADI MUNAFIK.
BILA MB KOME NAK LETAK JAWATAN? NI DAH TINGGAL 6 HARI LAGI NI......

Anonymous said...

Klu masuk pru14 tak nak menang, setakat nak jadi penasihat umnobn aje, baik tak payah masuk calun di kelantan. Buang duit dan buang masa rakyat kelantan kuar buang undi aje. Baik bagi Baik bagi kat Pan lawan umno. Faham.

Anonymous said...

Dulu tahun 1981 masa buat amanat kafirkan orang, ko guna ayat quran lain.

Skang tahun 2015 bila nak jadi penasihat nak kerjasama, ko guna ayat quran lain. Ayat Quran yg dulu ko dah tak nak pakai.

Ni panggil guna ayat Quran untuk kepentingan politik. Guna ayat quran berpilih2

Anonymous said...

Tak ada sapa boleh dihalang masuk calun pru14 di kelantan. Semua parti atau bebas boleh masuk calon. Itu bukan negeri bapak tok lebai

Anonymous said...

Kalau hj hadi nak jadi penasihat najib, elok hadi daftarkan pas sebagai NGO Agama bawah Umno. Kerja pun lebih senang dan berkesan

Anonymous said...

Sejak pas tunggang langgang, tiba2 datang idea nak jadi penasihat pulak. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Hadi ada otak tapi tak boleh fikir. Sbb itu senang sangat kena kencing org umno.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.