Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Cara selamat beli telefon bimbit
telefon
 
SHAH ALAM - Ekoran kejadian provokasi yang berlaku di Plaza Low Yat dan Plaza Kota Raya baru-baru ini ekoran kes dakwaan penipuan pembelian telefon pintar, Persatuan Pengguna Islam (PPIM) tampil memberi beberapa tips kepada pengguna ketika berhadapan situasi ini. 
 
Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, sebelum seseorang itu ingin membeli sesebuah telefon pintar mereka perlulah menyemak harga terlebih dahulu di internet.

"Selain itu mereka perlu berhati-hati dalam memilih kedai telekomunikasi kerana banyak kedai yang telah menipu walaupun di kompleks membeli-belah terkenal.

"Dan sekiranya mereka (pengguna) rasa tertipu selepas membeli mereka perlulah segera melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Polis di Raja Malaysia (PDRM)," katanya kepada Sinar Online.

Terdahulu pada Julai lalu, negara digemparkan dengan insiden penipuan pembelian telefon pintar di Plaza Low Yat yang mana rentetan daripada kejadian itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan penubuhan Mara Digital Mall.

Terbaharu, semalam berlaku insiden pergaduhan di Plaza Kota Raya yang mana telah menyebabkan plaza itu ditutup buat sementara itu.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.