Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMENTERIAN NI TERHEGEH-HEGEH, LEMAH, LESU, TAK BERWIBAWA

Batal lesen jika tipu jualan alat komunikasi
Datuk Seri Alias Ahmad
Datuk Seri Alias Ahmad
 
PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengemukakan cadangan kepada Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membatalkan lesen perniagaan sekiranya ada syarikat dikesan terlibat dengan penipuan jualan alat telekomunikasi. 
 
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, bukan itu sahaja pihaknya juga akan mengemukakan cadangan supaya SSM menyenarai hitamkan pemilik syarikat berkenaan daripada meneruskan perniagaan mereka.

Menurutnya, cadangan itu merupakan salah satu penambahbaikan bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan untuk menipu selain melindungi hak pengguna berdasarkan peraturan yang ada.

"Pihak kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan penipuan atau mengambil kesempatan terhadap pembeli dan dalam masa sama pengguna juga perlu memainkan peranan untuk melaporkan kepada kita,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan di sini hari ini.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.