Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tutup 9 jalan

Banjir: Terengganu tutup sembilan jalan
0
Banjir
Gambar hiasan
 
KUALA TERENGGANU - Enam jalan persekutuan serta tiga jalan negeri di Kemaman dan Hulu Terengganu ditutup kepada semua kenderaan awam ekoran banjir yang bermula malam tadi. 
 
Ketua Penolong Pengarah (Jalan) Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Zulkifli Ismail berkata, di Kemaman, Jalan Padang Kubu-Sungai Mas ditutup kedua-dua arah untuk kenderaan ringan dengan kedalaman air 0.5 meter (m).

"Di Hulu Terengganu, terdapat tiga jalan yang ditutup di laluan Jalan Kuala Berang-Sungai Tong iaitu di Kampung Kuala Ping dinaiki air 0.4m, jalan Kampung Kepah (0.6m) dan jalan Kampung Teris (0.3m).

"Di laluan Jalan Aring-Kenyir-Kuala Jeneris iaitu di Kampung Pasir Dula pula dinaiki air 0.5m dan Jalan Felda Mengkawang-Tersat iaitu di Kampung Lubok Periuk (0.4m)," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zulkifli berkata pengguna yang mahu ke Kuala Berang dari Kampung Kuala Ping boleh menggunakan laluan alternatif melalui Kampung Baung manakala pengguna dari Felda Mengkawang yang mahu ke Kuala Berang boleh melalui jalan alternatif melalui Jalan Sekayu-Mengkawang.

Zulkifli berkata bagi jalan negeri pula, tiga jalan ditutup iaitu Jalan Teladas di Jambatan Kampung Teladas, Kemaman dinaiki air 0.3m.

"Di Hulu Terengganu, Jalan Matang, Nibong, Kuala Telemong di Kampung Nibong dinaiki air 0.5m manakala Jalan Kuala Berang, Tapah, Payang Kayu, Kuala Ping air sedalam 0.8m," katanya.

Zulkifli berkata pengguna jalan raya yang ingin mendapatkan maklumat mengenai penutupan jalan boleh menghubungi Bilik Gerakan JKR Negeri melalui talian 09-6274277.

Sementara itu dalam sidang media, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga pengerusi jawatankuasa bencana negeri, Datuk Othman Muda berkata, bilik gerakan banjir negeri dibuka sejak banjir bermula malam tadi dan akan beroperasi selama 24 jam di bangunan Wisma Darul Iman.

Sehingga 6 petang tadi, 249 mangsa melibatkan 72 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan di sekitar Kemaman dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata lewat petang ini, paras air di dua batang sungai utama di Terengganu dilapor meningkat melebihi paras bahaya iaitu Sungai Telemong, Hulu Terengganu dan Sungai Tebak di Kemaman, masing-masing setinggi 20.67m dan  19.98m.

Sementara Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Sungai Kemaman di Air Putih  pula masing-masing melepasi paras amaran iaitu setinggi 3.75m dan 14.1m.

Othman berkata pada malam ini dan malam esok dijangka berlaku air pasang  besar dan mulai tahun ini perpindahan mangsa banjir pada waktu malam tidak akan dilakukan bagi mengelak sesuatu kejadian yang tidak diingini.

Dalam pada itu, beliau menasihati mangsa banjir supaya berpindah segera  apabila kawasan rumah mereka dinaiki air. - Bernama

2 orang berkata:

agen jamsi said...

awas pergantian cuaca yang extrem

jamu jamkho said...

cuaca sekarang semakin buruk saja

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.